(1) Subject to any other written law, the Government of the Federation or of any State may, out of its revenue or other moneys as may from time to time be set aside or appropriated for the purpose, grant loans to any local authority at such rates of interest and on such terms and conditions to be observed by the local authority obtaining such loan, in addition to those prescribed by law, as it shall think fit to impose.
(2) Where a local authority is unable to pay any money due in respect of any loan granted under this section, the Government of the Federation or of any State may, at any time after the expiry of sixty days from the date on which such money becomes due and payable, order that a rate or rates of such amounts as it may fix be made and levied upon all rateable property within the local authority area and such rate so ordered shall have the same incidence as any rate imposed by the local authority and may be enforced in like manner and the proceeds thereof shall be paid into the general revenue of the Federation or of the State.
Malay text (authoritative)
Pinjaman oleh Kerajaan
(1) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh memberi pinjaman daripada hasilnya atau daripada wang lain yang diasing atau diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan dengan apa-apa kadar bunga dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan yang akan dipatuhi oleh pihak berkuasa tempatan yang mendapatkan pinjaman itu, selain daripada terma dan syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.
(2) Jika sesuatu pihak berkuasa tempatan tidak dapat membayar mana-mana wang yang kena dibayar mengenai sesuatu pinjaman yang diberi di bawah seksyen ini, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh, pada bila-bila masa selepas tamat enam puluh hari dari tarikh wang itu genap masanya dibayar dan kena dibayar, memerintahkan bahawa suatu kadar atau kadar-kadar bagi apa-apa amaun yang ditetapkannya hendaklah dibuat dan dilevi ke atas semua harta berkadar dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan kadar yang diperintahkan sedemikian itu adalah menimpakan beban sama seperti beban sesuatu kadar yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan itu dan boleh dikuatkuasakan dengan cara yang serupa, dan hasil kadar itu hendaklah dibayar kepada hasil am Persekutuan atau hasil am Negeri itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).