Local Government Act 1976 s 7
Sections 85–93 were repealed by later amendments.
s 7 Extension of this Act to non-local authority areas
(1) The State Authority may from time to time by notification in the Gazette apply, with such modifications as shall seem fit, any of the provisions of the this Act or any by-laws to any area situate in the State which is not comprised in whole or in part within any local authority area and thereupon all such provisions and by-laws as are specified in such notification shall, subject to such modifications as aforesaid, come into force within the area to which the same have been applied.
(2) Where under subsection (1) any of the provisions of this Act or any by-laws have been applied to any area, the State Authority may by notification in the Gazette appoint any person or persons, either by name or office, to exercise and perform within such area all or any of the powers and duties which are by this Act or by any by-laws conferred or imposed on the local authority or on any of its officers.
Malay text (authoritative)
Akta ini dipeluas ke kawasan bukan pihak berkuasa tempatan
(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengenakan dengan apa-apa ubahsuaian yang difikirkan patut mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil kepada mana-mana kawasan yang terletak dalam Negeri itu yang tidak terkandung sama ada kesemuanya atau sebahagiannya dalam mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan dan dengan itu semua peruntukan dan undangundang kecil yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu hendaklah, tertakluk kepada ubahsuaian seperti tersebut di atas, mula berkuat kuasa dalam kawasan yang kepadanya ia telah dikenakan itu.
(2) Jika di bawah subseksyen (1), mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil telah dikenakan kepada mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik seorang atau beberapa orang, sama ada atas nama atau atas jawatan, untuk menjalan dan melaksanakan dalam kawasan itu semua atau mana-mana daripada kuasa dan kewajipan yang diberi atau ditanggungkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil kepada atau ke atas pihak berkuasa tempatan itu atau mana-mana daripada pegawainya.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).