Sections 85–93 were repealed by later amendments.
s 72 Powers
(1) A local authority shall have power to do all or any of the following things, namely:
(a) to establish, maintain and carry out such sanitary services for the removal and destruction of, or otherwise dealing with, rubbish, litter, dead animals and all kinds of refuse and effluent;
(b) to establish, erect, maintain, let, control and manage markets and market buildings, lodging houses, houses, rooms or buildings kept for public refreshment, shops, stalls and stands, and to control the occupation and use thereof;
(c) to license temporary buildings, stalls, tables, showboards, barrows, carts, tricycles or other receptacles, whether stationary or otherwise, set up or used for the sale or exposing for sale of—
(i) any food or drink in streets, public places or places of public resort or on private premises;
(ii) goods other than food or drink in streets, public places or places of public resort, and to seize, destroy or dispose of the same if they are not so licensed;
(d) to establish, erect and maintain public lavatories, closets and urinals, either above or below ground, in any public place;
(e) to establish, erect, maintain and control abattoirs, whether within or without the local authority area;
(f) to safeguard and promote the public health and to take all necessary and reasonably practicable measures—
(i) for preventing the occurrence of any infectious, communicable or preventable disease;
(ii) for maintaining its area in a clean and sanitary condition; and
(iii) for preventing the occurrence of, or for remedying or causing to be remedied, any nuisance or condition likely to be injurious or dangerous to health;
(g) to establish, erect, equip, maintain, control and operate cold storage works and depots for the inspection of meat;
(h) to establish, erect, equip, maintain, control and operate depots for the inspection, treatment, distribution, purchase and sale of milk or milk products;
(i) to establish, acquire, erect, maintain, control and operate laundries and places for washing clothes; and
(j) to establish, erect, maintain, control and operate disinfecting stations.
(2) For the purposes of sections 72 and 73, effluent shall not include sewage.
Malay text (authoritative)
Kuasa
(1) Sesuatu pihak berkuasa tempatan adalah mempunyai kuasa bagi melakukan semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:
(a) untuk mengadakan, menyenggara dan menjalankan perkhidmatan kebersihan bagi membuang dan menghapuskan, ataupun bagi menguruskan, sampah, bangkai binatang dan segala jenis sampah sarap dan cecair buangan;
(b) untuk menubuh, mendirikan, menyenggara, menyewakan, mengawal dan menguruskan pasar dan bangunan pasar, rumah tumpangan, rumah, bilik atau bangunan yang disenggara bagi tempat makan-minum orang ramai, kedai, gerai dan sanggar dan mengawal hal berkenaan dengan penghunian dan penggunaannya;
(c) untuk melesen bangunan sementara, gerai, meja, papan tunjuk, kereta sorong, gadi, trisikal atau bekas lain sama ada tetap pada sesuatu tempat atau tidak, yang didirikan atau digunakan untuk menjual atau mendedahkan untuk jualan—
(i) apa-apa makanan atau minuman di jalan, tempat awam atau tempat tumpuan awam atau di premis persendirian;
(ii) barang-barang lain daripada makanan atau minuman di jalan, tempat awam atau tempat tumpuan awam, dan untuk menyita, memusnahkan atau melupuskannya jika ia tidak dilesen sedemikian;
(d) untuk mengadakan, membina dan menyenggara tandas awam, jamban dan tempat buang air kecil awam, sama ada di atas atau di bawah tanah, di mana-mana tempat awam;
(e) untuk mengadakan, membina, menyenggara dan mengawal rumah penyembelihan, sama ada di dalam atau di luar kawasan pihak berkuasa tempatan;
(f) untuk melindungi dan memajukan kesihatan awam dan mengambil segala langkah yang perlu dan munasabah praktik—
(i) bagi mencegah berlakunya apa-apa penyakit berjangkit, boleh berjangkit atau boleh dicegah;
(ii) bagi memelihara kawasannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sihat; dan
(iii) bagi mencegah berlakunya, atau bagi meremedi atau menyebab diremedi, apa-apa kacau ganggu atau keadaan yang mungkin mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan;
(g) untuk mengadakan, membina, melengkapkan, menyenggara, mengawal dan mengendalikan kerja simpanan sejuk dan depot bagi pemeriksaan daging;
(h) untuk mengadakan, membina, melengkapkan, menyenggara, mengawal dan mengendalikan depot bagi pemeriksaan, pemprosesan, pembahagian, pembelian dan penjualan susu atau keluaran susu;
(i) untuk mengadakan, memperoleh, membina, menyenggara, mengawal dan mengendalikan perusahaan pencucian pakaian dan tempat mencuci pakaian; dan
(j) mengadakan, membina, menyenggara, mengawal dan mengendalikan stesen penyahjangkit.
(2) Bagi maksud seksyen 72 dan 73, cecair buangan tidak termasuk kumbahan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).