Local Government Act 1976 s 95
Sections 85β93 were repealed by later amendments.
s 95 Penalty for unlawful burials
(1) Except as provided for in subsection 94(3), any person who buries or cremates or causes, procures or suffers to be buried or cremated any corpse or the remains of any corpse or prepares any place to be used for the burial or cremating of a corpse in or upon any place, not being a burial ground or crematorium provided by the local authority under subsection 94(1) or a burial ground or crematorium licensed under subsection (2) thereof, or in or upon any burial ground or crematorium which has been closed by order of the local authority under section 96 shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both such fine and imprisonment and the Court may, by a written order under its seal, direct such person within a time to be fixed in such orderβ
(a) to remove the corpse or remains of the corpse in respect of which the offence has been committed from the place where it has been buried or cremated to a burial ground or crematorium provided or licensed by the local authority under this Act; and
(b) to remove any structure erected in contravention of the provisions of this section and to restore the ground to its original state.
(2) Any person who refuses or neglects to obey such order shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding six months or to both such fine and imprisonment and to a further fine not exceeding one hundred ringgit for each day during which such offence is continued after conviction and the Court may order the execution thereof by the local authority at the expense of such person.
Malay text (authoritative)
Penalti bagi pengkebumian yang menyalahi undang-undang
(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 94(3), seseorang yang mengkebumikan atau membakar mayat atau menyebabkan, mendapatkan atau membiarkan dikebumikan atau dibakar sesuatu mayat atau bahagian dari sesuatu mayat atau menyediakan sesuatu tempat untuk digunakan bagi mengkebumikan atau membakar sesuatu mayat dalam atau atas mana-mana tempat, yang bukan suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang diperuntukkan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen 94(1) atau bukan suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang dilesen di bawah subseksyen 94(2), atau dalam atau atas mana-mana tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang telah ditutup dengan perintah pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen 96 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh, dengan suatu perintah bertulis yang dimeterai dengan meterainya, mengarahkan orang itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam perintah ituβ
(a) supaya memindahkan mayat atau bahagian dari mayat yang mengenainya kesalahan itu telah dilakukan dari tempat di mana ia telah dikebumikan atau dibakar ke suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang diadakan atau dilesen oleh pihak berkuasa tempatan itu di bawah Akta ini; dan
(b) supaya membuang apa-apa rangka bina yang didirikan bersalahan dengan seksyen ini dan memulihkan tanah itu kepada keadaan asalnya.
(2) Seseorang yang enggan atau cuai menurut perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya perintah itu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan itu atas perbelanjaan orang itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part XI β
Find Act 171 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).