My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 96

Local Government Act 1976 s 96

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 96 Power to close burial grounds and crematoria

If at any time it appears to the local authority that— (a) any burial ground or place of burial or any place used for the cremating of corpses is in such a state as to be dangerous to the health of the persons living in the neighbourhood; or (b) such burial ground or place of burial or crematorium or any part thereof— (i) is noxious or offensive or unfit for use as a burial ground or crematorium; (ii) cannot be further used for the burial or cremating of the dead without danger to the public health; or (iii) is being used in contravention of the conditions of the licence, the local authority may order the same or such part thereof to be closed or may revoke the licence thereof, as the case may be, and thereafter it shall not be lawful to use the same as a place for the burial or cremating of corpses.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk menutup tanah perkuburan dan tempat membakar mayat

Jika pada bila-bila masa pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa— (a) sesuatu tanah perkuburan atau tempat pengkebumian atau sesuatu tempat yang digunakan untuk membakar mayat berada dalam sesuatu keadaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang yang tinggal di kawasan sekitarnya; atau (b) tanah perkuburan atau tempat pengkebumian atau tempat membakar mayat itu atau mana-mana bahagian daripadanya— (i) yang mudarat atau tidak baik atau tidak layak untuk digunakan sebagai suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat; (ii) tidak boleh lagi digunakan untuk mengkebumikan atau membakar mayat orang mati tanpa mendatangkan bahaya kepada kesihatan awam; atau (iii) digunakan bersalahan dengan syarat lesen, pihak berkuasa tempatan boleh memerintahkan supaya tanah perkuburan atau tempat pengkebumian atau membakar mayat itu atau mana-mana bahagiannya itu ditutup atau boleh membatalkan lesennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan selepas daripada itu menyalahi undang-undang menggunakan yang demikian sebagai suatu tempat bagi mengkebumikan atau membakar mayat.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next