(1) This Act may be cited as the Town and Country Planning Act 1976 and shall apply in *Peninsular Malaysia.
(2) Subject to subsection (3), this Act shall come into operation in a State on a date to be appointed by the State Authority, with the concurrence of the Minister, by notification in the **State Gazette.
(3) The State Authority may bring this Act into operation in any manner the State Authority thinks most advantageous, convenient, expedient, or practicable, whether by appointing different dates for different provisions of this Act, by appointing different dates for different local authority areas or parts thereof, by bringing a provision into operation generally in the State and at the same time declaring that, for or until such time as may be specified, the provision shall or shall not apply to or in relation to a local planning authority or the area or any part of the area of a local planning authority to such extent only as may be specified, or in any other manner.
Malay text (authoritative)
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan hendaklah terpakai di *Semenanjung Malaysia.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan persetujuan Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri.**
(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh menjalankan kuat kuasa Akta ini dengan apa-apa cara yang difikirkannya paling berfaedah, sesuai, suai manfaat, atau boleh dilaksanakan, sama ada dengan menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan Akta ini, dengan menetapkan tarikh yang berlainan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bagi bahagian yang berlainan kawasan itu, dengan menjalankan kuasa suatu peruntukan secara am dalam Negeri itu dan pada masa yang sama mengisytiharkan bahawa, selama tempoh atau sehingga masa yang ditentukan, peruntukan itu hendaklah terpakai atau tidak terpakai bagi atau berhubung dengan suatu pihak berkuasa perancang tempatan atau kawasan atau manamana bahagian daripada kawasan suatu pihak berkuasa perancang tempatan hanya setakat yang ditentukan sahaja, atau dengan apa-apa cara lain.
Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).