Town and Country Planning Act 1976 s 15
s 15 Approval or rejection of draft local plans
(1) After the expiry of the period afforded for making objections to or representations in respect of a draft local plan or, if such objections or representations have been duly made during that period, after considering the objections or representations, the local planning authority shall submit the draft local plan or the draft local plan as modified so as to take account of the objections or representations or of any matters arising therefrom, to the Committee for its approval.
(1A) The Committee may, after considering a draft local plan submitted to it, either approve it, in whole or in part and with or without modifications, or reject it.
(1B) In considering the draft local plan, the Committee may take into account any matters that it thinks are relevant, whether or not they were taken into account in the plan as submitted or resubmitted to it.
(1C) The Committee shall submit the approved draft local plan to the State Authority for the assent of the State Authority, and upon the assent being given the plan shall come into effect.
(2) (Deleted by Act A1129).
(3) (Deleted by Act A1129).
(4) The local planning authority shall cause the assent of the State Authority to a draft local plan to be published in the State Gazette and in at least two local newspapers, one of which being in the national language, together with the marking by which the plan may be identified and a statement of the place where the plan may be inspected.
(5) A local plan shall conform to the structure plan but if at any time after a local plan has come into effect there exists a difference in the provision between the local plan and the structure plan for the State, and the Committee is satisfied that this is due to the structure plan for the State being out of date, the Committee shall refer the difference to the State Authority for its decision.
(6) If the State Authority is satisfied that the difference is in fact due to the structure plan of the State being out of date, the State Authority shall, by notification in the State Gazette, declare that the local plan shall prevail over the structure plan as regards to that particular provision.
Malay text (authoritative)
Kelulusan atau penolakan draf rancangan tempatan
(1) Selepas tamat tempoh yang diberikan untuk membuat bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan atau, jika bantahan atau representasi itu telah dibuat dengan sewajarnya dalam tempoh itu, selepas menimbangkan bantahan atau representasi itu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengemukakan draf rancangan tempatan itu atau draf rancangan tempatan itu sebagaimana yang diubahsuaikan dengan tujuan untuk mengambil kira bantahan atau representasi itu atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya, kepada Jawatankuasa bagi kelulusannya.
(1A) Jawatankuasa boleh, selepas menimbangkan suatu draf rancangan tempatan yang dikemukakan kepadanya, sama ada meluluskannya, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan dengan atau tanpa ubah suaian, atau menolaknya.
(1B) Dalam menimbangkan draf rancangan tempatan itu, Jawatankuasa boleh mengambil kira apa-apa perkara yang difikirkannya berkaitan, sama ada atau tidak perkara itu telah diambil kira dalam rancangan itu seperti yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya.
(1C) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan draf rancangan tempatan yang telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, dan apabila persetujuan diberikan, rancangan itu hendaklah berkuat kuasa.
(2) (Dipotong oleh Akta A1129).
(3) (Dipotong oleh Akta A1129).
(4) Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengarahkan supaya fakta persetujuan Pihak Berkuasa Negeri mengenai draf rancangan tempatan disiarkan dalam Warta Negeri dan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, bersama dengan tanda yang dengannya rancangan itu boleh dikenal pasti dan dengan suatu pernyataan mengenai tempat di mana rancangan itu boleh diperiksa.
(5) Rancangan tempatan hendaklah menepati rancangan struktur tetapi jika pada bila-bila masa selepas suatu rancangan tempatan telah berkuat kuasa terdapat perbezaan dalam peruntukan antara rancangan tempatan dengan rancangan struktur bagi Negeri itu, dan Jawatankuasa berpuas hati bahawa ini disebabkan oleh rancangan struktur Negeri itu telah ketinggalan zaman, Jawatankuasa hendaklah merujukkan perbezaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi keputusannya.
(6) Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa perbezaan itu memang disebabkan oleh rancangan struktur Negeri itu telah ketinggalan zaman, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri, mengisytiharkan bahawa rancangan tempatan itu hendaklah mengatasi rancangan struktur berkaitan dengan peruntukan yang berkenaan itu.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).