My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 16

Town and Country Planning Act 1976 s 16

s 16 Alteration, revocation and replacement of local plans

(1) The local planning authority may at any time make proposals for the alteration, revocation, or replacement of a local plan. (2) Without prejudice to subsection (1), the local planning authority shall, if the Committee gives it a direction in that behalf in respect of a local plan, as soon as practicable prepare proposals of a kind specified in the direction, being proposals for the alteration, revocation, or replacement of the plan. (3) Subsections 12(8) and (9), and sections 13, 14 and 15, shall apply in relation to the making of proposals for the alteration, revocation, or replacement of a local plan under this section and to any consequent alteration, revocation, or replacement of the plan, as they apply in relation to the preparation of a draft local plan under section 12 and to a draft local plan prepared thereunder.

Malay text (authoritative)

Pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan

(1) Pihak berkuasa perancang tempatan boleh pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan. (2) Tanpa menyentuh subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan suatu rancangan tempatan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan cadangan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian rancangan itu. (3) Subseksyen 12(8) dan (9), dan seksyen 13, 14 dan 15, hendaklah terpakai berhubung dengan pembuatan cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan di bawah seksyen ini dan berkenaan dengan apa-apa pengubahan, pembatalan atau penggantian rancangan itu yang berikutnya, sebagaimana ia terpakai berhubung dengan penyediaan draf rancangan tempatan di bawah seksyen 12 dan berhubung dengan draf rancangan tempatan yang disediakan di bawahnya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next