My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 22

Town and Country Planning Act 1976 s 22

s 22 Treatment of applications

(1) As soon as possible after the receipt of an application for planning permission, or, if the application is one to which subsection 21(6) applies, as soon as possible after the expiry of the period within which objections may be made or, if objections have been made, as soon as possible after the objections have been dealt with under subsection 21(7), the local planning authority shall decide on the application for planning permission. (2) In dealing with an application for planning permission, the local planning authority shall take into consideration such matters as are in its opinion expedient or necessary for proper planning and in particular— (a) the provisions of the development plan, if any; (aa) the direction given by the Committee, if any; (b) the provisions that it thinks are likely to be made in any development plan under preparation or to be prepared, or the proposals relating to those provisions; (ba) the provisions of *the Sewerage Services Act 1993 [Act 508]; (bb) the development proposal report; (bc) the provisions of the Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 [Act 672]; and (c) the objections, if any, made under section 21. (2A) Where an application submitted under this section involves— * NOTE—Repealed by Act 655 in respect of its application to Peninsular Malaysia and the Federal territories of Putrajaya and Labuan. (a) the development of a new township for a population exceeding ten thousand, or covering an area of more than one hundred hectares, or both; (b) a development for the construction of any major infrastructure or utility; or (c) a development affecting hill tops or hill slopes, in an area designated as environmentally sensitive in a development plan, the Committee shall request from the Council its advice on the application submitted. (2B) For the purposes of subsection (2A), development for the construction of major infrastructure or utility shall include— (a) national infrastructure works such as airports, seaports, railway lines and highways; and (b) national utility works such as the erection of dams, main power stations and toxic waste disposal sites. (3) After taking into consideration the matters specified in subsection (2), the local planning authority may, subject to subsection (4), grant planning permission either absolutely or subject to such conditions as it thinks fit to impose, or refuse to grant planning permission. (4) The local planning authority shall not grant planning permission if— (a) the development in respect of which the permission is applied for would contravene any provision of the development plan; (aa) the development in respect of which the permission is applied for would contravene the provision of paragraph (2)(aa); or (b) the applicant for planning permission has neither paid the development charge payable in respect of the development nor obtained the permission of the local planning authority under subsection 34(1) to pay the development charge by instalments. (5) Conditions imposed under subsection (3) may include any or all of the following conditions, that is to say, conditions— (a) to the effect that planning permission granted in respect of any change of use of land or building is only for a limited period and that, after the expiry of that period, the use of the land or building as authorized by the planning permission shall cease and the land or building shall be reverted to its original use; (b) to regulate— (i) the development and use of any other land under the control of the applicant that adjoins the land in respect of which the planning permission is granted; and (ii) as may appear to the local planning authority to be expedient for the development for which planning permission is granted, the works that may be carried out on such other land and the manner in which and the extent to which such works may be carried out; (c) for securing the development of the land in accordance with the approved layout plans; (d) prohibiting damage to the land, its physical environment, natural topography and landscape; (e) prohibiting the removal or alteration of any of the natural features of the land; (f) prohibiting the felling of trees of a certain size, age, type or species at any particular location, unless it is to comply with any written law; (g) for securing the planting or replanting of trees of a certain size, age, type or species at any particular location in such manner as may be determined by the local planning authority; (h) for securing the making up of open spaces in accordance with the approved layout plans; (i) where the development involves the erection of a new building, or the re-erection or extension of a building or part thereof, conditions to ensure its compatibility with the architecture, character or appearance depicted in the buildings located in the surrounding area, which the local planning authority intends to protect, preserve or enhance; (j) where the development involves any addition or alteration to an existing building with special architecture or historical interest, conditions to ensure that the facade and other external character of the building is retained; and (k) where the development involves the re-erection of a building with special architecture or historical interest or the demolition thereof and the erection of a new building in its place, conditions to ensure that the facade and other external character of the demolished building is retained. (5A) It shall be the duty of the local planning authority to ensure where planning permission is granted that a tree preservation order, if any, is complied with. (6) If planning permission is granted, whether with or without conditions, it shall conveyed to the applicant in the prescribed form and at the same time a notice of the grant thereof shall be given to any person who has made any objection pursuant to subsection 21(6).

Malay text (authoritative)

Layanan terhadap permohonan

(1) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas diterima sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang, atau, jika permohonan itu adalah satu permohonan yang baginya subseksyen 21(6) terpakai, dengan seberapa segera yang mungkin selepas tamatnya tempoh bantahan boleh dibuat atau, jika bantahan telah dibuat, dengan seberapa segera yang mungkin selepas bantahan itu diuruskan di bawah subseksyen 21(7), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah membuat keputusan mengenai permohonan untuk kebenaran merancang itu. (2) Dalam menguruskan sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberi pertimbangan kepada apa-apa perkara yang pada pendapatnya adalah suai manfaat atau perlu untuk merancang dengan wajar dan khususnya— (a) peruntukan rancangan pemajuan itu, jika ada; (aa) arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa, jika ada; (b) peruntukan yang pada fikirannya mungkin akan dibuat dalam mana-mana rancangan pemajuan yang sedang disediakan atau yang hendak disediakan, atau cadangan yang berhubungan dengan peruntukan itu; (ba) peruntukan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508]; (bb) laporan cadangan pemajuan; (bc) peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]; dan (c) bantahan, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen 21. * (2A) Jika permohonan yang dikemukakan di bawah seksyen ini melibatkan— (a) pembangunan suatu perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya; (b) suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama; atau (c) suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pemajuan, Jawatankuasa hendaklah meminta daripada Majlis nasihatnya berkenaan dengan permohonan yang dikemukakan itu. *(2B)Bagi maksud subseksyen (2A), pemajuan bagi pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama hendaklah termasuk— (a) kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api dan lebuh raya; dan (b) kerja kemudahan negara seperti pendirian empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik. * CATATAN—Subseksyen ini tidak terpakai bagi Negeri Terengganu–lihat Tr. G.N. 54/2003. (3) Selepas memberi pertimbangan kepada perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) itu, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), memberi kebenaran merancang sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut dikenakan, atau enggan memberikan kebenaran merancang. (4) Pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh memberi kebenaran merancang jika— (a) pemajuan yang berkenaan dengannya kebenaran itu dipohon akan berlanggaran dengan apa-apa peruntukan rancangan pemajuan itu; (aa) pemajuan yang berkenaan dengannya kebenaran itu dipohon akan berlanggaran dengan peruntukan perenggan (2)(aa); atau (b) pemohon untuk kebenaran merancang itu belum membayar caj pemajuan yang kena dibayar berkenaan dengan pemajuan itu atau belum mendapat kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan di bawah subseksyen 34(1) untuk membayar caj pemajuan secara ansuran. (5) Syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) bolehlah termasuk mana-mana atau kesemua syarat-syarat yang berikut, iaitu, syarat-syarat— (a) yang memberi kesan bahawa kebenaran merancang yang diberikan berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai penggunaan tanah atau bangunan adalah hanya untuk suatu tempoh yang terhad dan bahawa, selepas tamat tempoh itu, penggunaan tanah atau bangunan itu sebagaimana yang dibenarkan oleh kebenaran merancang itu hendaklah terhenti dan tanah atau bangunan itu hendaklah dikembalikan kepada kegunaan yang asal; (b) untuk mengawal selia— (i) pemajuan dan penggunaan mana-mana tanah lain yang di bawah kawalan pemohon itu yang bersempadanan dengan tanah yang berkenaan dengannya diberikan kebenaran merancang itu; dan (ii) sebagaimana yang didapati pihak berkuasa perancang tempatan suai manfaat untuk pemajuan yang berkenaan dengannya diberikan kebenaran merancang itu, kerja yang boleh dijalankan atas mana-mana tanah lain dan cara dan setakat mana kerja itu boleh dijalankan; (c) bagi memastikan pemajuan tanah dibuat mengikut pelan susun atur yang diluluskan; (d) yang melarang perbuatan merosakkan tanah, alam sekitarnya dari segi fizikal, topografi semula jadi dan lanskapnya; (e) yang melarang pemusnahan atau pengubahan apa-apa bentuk semula jadi tanah; (f) yang melarang penebangan pokok daripada saiz, umur, jenis atau spesies tertentu di mana-mana lokasi yang tertentu, melainkan jika ia dilakukan sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis; (g) bagi memastikan penanaman atau penanaman semula pokok daripada saiz, umur, jenis atau spesies tertentu di mana-mana lokasi yang tertentu adalah mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan; (h) bagi memastikan tanah lapang diadakan mengikut pelan susun atur yang diluluskan; (i) jika pemajuan melibatkan pendirian suatu bangunan baru, atau pendirian semula atau pembesaran suatu bangunan atau sebahagian daripadanya, syarat-syarat untuk memastikan bangunan baru itu serasi dengan seni bina, ciri atau rupa yang tergambar pada bangunan yang terletak di kawasan sekelilingnya, yang pihak berkuasa perancang tempatan berhasrat untuk melindungi, memelihara atau mengindahkan; (j) jika pemajuan melibatkan apa-apa tambahan kepada atau pengubahan suatu bangunan yang sedia ada yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah, syarat untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan itu dikekalkan; dan (k) jika pemajuan melibatkan pendirian semula suatu bangunan yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah atau perobohannya dan pendirian suatu bangunan baru di tempatnya, syarat-syarat untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan yang dirobohkan itu dikekalkan. (5A) Menjadi kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memastikan perintah pemeliharaan pokok, jika ada, dipatuhi, jika kebenaran merancang diberikan. (6) Jika kebenaran merancang diberikan, sama ada dengan atau tanpa syarat, ia hendaklah disampaikan kepada pemohonnya dalam bentuk yang ditetapkan dan pada masa itu juga suatu notis mengenai pemberian kebenaran itu hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang telah membuat apa-apa bantahan menurut subseksyen 21(6).

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next