My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 23

Town and Country Planning Act 1976 s 23

s 23 Appeal against decision of local planning authority

(1) An appeal against the decision of the local planning authority made under subsection 22(3) may be made to the Appeal Board within one month from the date of the communication of such decision to him, by— (a) an applicant for planning permission aggrieved by the decision of the local planning authority to refuse planning permission or by any condition imposed by the local planning authority in granting planning permission; and (b) a person who has lodged an objection pursuant to subsection 21(6) and is aggrieved by the decision of the local planning authority in relation to his objection. (2) In considering an appeal, the Appeal Board shall hear the appellant and the local planning authority. (3) After hearing the appeal, the Appeal Board may make an order— (a) confirming the decision of the local planning authority and dismissing the appeal; (b) allowing the appeal by directing the local planning authority to grant planning permission absolutely or subject to such conditions as the Appeal Board thinks fit; (c) allowing the appeal by setting aside any planning permission granted; or (d) allowing the appeal by directing the local planning authority to remove or modify any condition subject to which planning permission has been granted or to replace the condition with such other condition as the Appeal Board thinks fit.

Malay text (authoritative)

Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan

(1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang dibuat di bawah subseksyen 22(3) boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu dikemukakan kepadanya, oleh— (a) seseorang pemohon bagi kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan memberikan kebenaran merancang atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam memberikan kebenaran merancang itu; dan (b) seseorang yang telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan bantahannya. (2) Dalam menimbangkan sesuatu rayuan, Lembaga Rayuan hendaklah mendengar pihak merayu dan pihak berkuasa perancang tempatan itu. (3) Selepas mendengar rayuan itu, Lembaga Rayuan boleh membuat sesuatu perintah— (a) mengesahkan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan itu dan menolak rayuan; (b) membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan memberikan kebenaran merancang secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan; (c) membenarkan rayuan itu dengan mengetepikan apa-apa kebenaran merancang yang telah diberikan; atau (d) membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan itu memotong atau mengubah suai mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya kebenaran merancang itu telah diberikan atau menggantikan syarat itu dengan apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next