My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 24

Town and Country Planning Act 1976 s 24

s 24 Lapse of planning permission

(1) A planning permission granted under subsection 22(3) shall, unless extended, lapse twelve months after the date of the grant thereof if, within that time, the development had not commenced in the manner specified in the planning permission. (2) Subsection (1) shall not apply to a planning permission that expressly states that the development for which the planning permission is granted does not involve any building operation. (3) On an application being made in that behalf in the prescribed manner before the planning permission lapses, the local planning authority may, on payment of the prescribed fee, grant an extension or further extension of the planning permission. (4) A planning permission extended under subsection (3) shall, unless further extended, lapse twelve months after the date of the extension thereof if, within that time, the development had not commenced in the manner specified in the planning permission. (5) In granting an extension or further extension of a planning permission under subsection (3), the local planning authority may impose such conditions on the planning permission as it thinks fit or vary the conditions originally imposed; and section 23 shall apply with the necessary modifications to the imposition or variation of conditions under this section as it applies to the imposition of conditions under subsection 22(3).

Malay text (authoritative)

Luputnya kebenaran merancang

(1) Suatu kebenaran merancang yang diberikan di bawah subseksyen 22(3) hendaklah, melainkan jika dilanjutkan tempohnya, luput dua belas bulan selepas tarikh ia diberikan jika, dalam masa itu, pemajuan belum dimulakan secara yang ditentukan dalam kebenaran merancang itu. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu kebenaran merancang yang menyatakan dengan nyata bahawa pemajuan yang baginya kebenaran merancang itu diberikan tidak melibatkan apa-apa kerja bangunan. (3) Apabila sesuatu permohonan dibuat secara yang ditetapkan sebelum kebenaran merancang itu luput untuk dilanjutkan atau dilanjutkan lagi tempoh kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberi suatu tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan kepada kebenaran merancang itu. (4) Suatu kebenaran merancang yang dilanjutkan tempohnya di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dilanjutkan tempohnya lagi, luput dua belas bulan selepas tarikh dilanjutkan tempohnya, jika dalam masa itu, pemajuan belum dimulakan secara yang ditentukan dalam kebenaran merancang itu. (5) Dalam memberikan sesuatu tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan kepada kebenaran merancang di bawah subseksyen (3), pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya ke atas kebenaran merancang itu atau mengubah syarat-syarat yang dikenakan pada asalnya; dan seksyen 23 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu kepada pengenaan atau pengubahan syaratsyarat di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi pengenaan syarat-syarat di bawah subseksyen 22(3).

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next