My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 25

Town and Country Planning Act 1976 s 25

s 25 Revocation and modification of planning permission and approval of building plans

(1) If it appears to the local planning authority to be in the public interest that a planning permission granted under subsection 22(3) or an approval of a building plan given under any of the previous local government laws should be revoked or modified, the local planning authority may order the permission or approval to be revoked or modified to such extent as appears to it to be necessary. (2) No revocation or modification under subsection (1) shall have effect until confirmed by the Committee. (3) An order revoking a planning permission or an approval of a building plan shall state the period within which the person to whom the permission or approval was granted is required to demolish any building erected pursuant to the permission or approval and the maximum amount that the local planning authority is prepared to reimburse the person in respect of costs incurred by him in carrying out the demolition. (4) If, within the period stated in the revocation order or such longer period as the local planning authority may allow, demolition has not been carried out or completed, the local planning authority may itself and at its own expense carry out or complete the demolition. (5) If demolition has been completed by the person to whom the planning permission or approval of the building plan was granted, the local planning authority shall reimburse the person the costs actually and reasonably incurred by him in carrying out the demolition, but not exceeding the amount stated in the revocation order. (6) If demolition has been partially carried out by the person to whom the planning permission or approval of the building plan was granted, but completed by the local planning authority, the local planning authority shall assess the amount that the demolition would have cost had it been carried out entirely by the local planning authority, and determine the amount of the costs actually and reasonably incurred by it in completing the demolition, and shall pay the person by way of reimbursement of his costs the difference between the two amounts or the costs actually and reasonably incurred by the person in carrying out his part of the demolition, whichever is the lesser amount, but in no case shall the local planning authority be bound to pay any amount beyond the amount stated in the revocation order. (7) If a planning permission or an approval of a building plan is revoked under subsection (1) and the person to whom the permission or approval was granted claims from the local planning authority, within the time and in the manner prescribed, compensation for any expenditure incurred by him in carrying out works to implement the permission or approval prior to its revocation or modification, the local planning authority shall, after giving the person a reasonable opportunity to be heard, offer such compensation to him as the local planning authority thinks adequate. (8) Where a planning permission or an approval of a building plan is modified under subsection (1), the local planning authority shall reimburse the person to whom the permission or approval was granted the costs actually and reasonably incurred by him in implementing the modification, being costs that he would not have incurred had the modification not been ordered, and shall compensate him for any loss suffered as a result of the modification. (9) If any person is aggrieved by the amount of any reimbursement or compensation offered or paid to him under this section, he may, within the time and in the manner prescribed, appeal to the Appeal Board and the Appeal Board shall assess the amount of reimbursement or compensation to be paid. (10) In subsection (1), “previous local government laws” means the Town Boards Enactments of the Federated Malay States [F.M.S. Cap. 137] and of the States of Johore [Johore En. No. 118] and Terengganu [Terengganu En. 12 of 1355 A.H.], the Municipal Ordinance of the Straits Settlements [S.S. Cap. 133], the Municipal Enactment of the State of Kelantan [Kelantan En. 20 of 1938], the Local Councils Ordinance 1952 [Ord. 36 of 1952], and any other written law replacing any or any part of those laws.

Malay text (authoritative)

Pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan

(1) Jika didapati oleh pihak berkuasa perancang tempatan demi untuk kepentingan awam bahawa suatu kebenaran merancang yang diberikan di bawah subseksyen 22(3) atau sesuatu kelulusan pelan bangunan yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang kerajaan tempatan yang terdahulu dibatalkan atau diubah suai, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memerintahkan supaya kebenaran atau kelulusan itu dibatalkan atau diubah suai setakat yang difikirkannya perlu. (2) Tiada pembatalan atau pengubahsuaian di bawah subseksyen (1) boleh berkuat kuasa sehingga disahkan oleh Jawatankuasa. (3) Sesuatu perintah pembatalan sesuatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan hendaklah menyatakan tempoh yang orang yang diberikan kebenaran atau kelulusan itu dikehendaki merobohkan mana-mana bangunan yang didirikan menurut kebenaran atau kelulusan itu dan amaun maksimum yang pihak berkuasa perancang tempatan itu sedia membayar balik kepada orang itu berkenaan dengan kos yang dilakukan oleh orang itu pada menjalankan perobohan itu. (4) Jika, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu atau tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, perobohan belum dijalankan atau diselesaikan, maka pihak berkuasa perancang tempatan boleh dengan sendiri dan dengan belanjanya sendiri menjalankan atau menyelesaikan perobohan itu. (5) Jika perobohan itu telah diselesaikan oleh orang yang telah diberikan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan itu, pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah membayar balik kepada orang itu kos sebenar dan munasabah dilakukan olehnya pada menjalankan perobohan itu, tetapi tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu. (6) Jika perobohan telah dijalankan sebahagian oleh orang yang telah diberikan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan itu tetapi diselesaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menaksir amaun kos perobohan itu sekiranya perobohan itu keseluruhannya dijalankan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, dan menentukan amaun kos sebenar dan munasabah dilakukan olehnya dalam menyelesaikan perobohan itu dan hendaklah membayar kepada orang itu dengan cara membayar balik kosnya perbezaan antara dua amaun itu atau kos sebenar dan munasabah dilakukan oleh orang itu bagi bahagian perobohan yang dijalankannya, mengikut mana-mana amaun yang kurang, tetapi pihak berkuasa perancang tempatan tidak dalam apaapa hal pun terikat membayar apa-apa amaun yang lebih daripada amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu. (7) Jika suatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan orang yang diberikan kebenaran atau kelulusan itu menuntut daripada pihak berkuasa perancang tempatan itu, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, pampasan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukannya pada menjalankan kerja untuk melaksanakan kebenaran atau kelulusan itu sebelum pembatalan atau pengubahsuaiannya, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, selepas memberikan orang itu peluang yang munasabah untuk didengar, menawarkan kepadanya suatu pampasan yang difikirkan memadai oleh pihak berkuasa perancang tempatan. (8) Jika suatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan diubah suai di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah membayar balik kepada orang yang diberikan kebenaran atau kelulusan itu kos sebenar dan munasabah dilakukannya pada melaksanakan ubah suaian itu, iaitu kos yang tidak dilakukannya jika sekiranya pengubahsuaian itu tidak diperintahkan, dan hendaklah memberikan pampasan kepadanya bagi apa-apa kerugian akibat ubah suaian itu. (9) Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pembayaran balik atau pampasan yang hendak dibayar. (10) Dalam subseksyen (1), “undang-undang kerajaan tempatan yang terdahulu” ertinya Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu [N.M.B. Bab 137], Negeri Johor [En. Johor No. 118] dan Negeri Terengganu [En. Terengganu 12 tahun 1355 H.], Ordinan Perbandaran bagi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 133], Enakmen Perbandaran bagi Negeri Kelantan [En. Kelantan 20 tahun 1938], Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1952 [Ord. 36 tahun 1952], dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menggantikan manamana daripada undang-undang itu dan mana-mana bahagiannya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next