My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 26

Town and Country Planning Act 1976 s 26

s 26 Offences relating to unauthorized development

(1) A person who, whether at his own instance or at the instance of another person— (a) uses or permits to be used any land or building in contravention of section 18; (b) commences, undertakes, or carries out, or permits to be commenced, undertaken, or carried out, any development in contravention of section 19 or 20; (c) commences, undertakes, or carries out, or permits to be commenced, undertaken, or carried out, any development where the planning permission or the approval of the building plan, as the case may be, in respect of the development has been revoked pursuant to section 25; or (d) commences, undertakes, or carries out, or permits to be commenced, undertaken, or carried out, any development after the planning permission or the approval of the building plan, as the case may be, in respect of the development has been modified pursuant to section 25 and the development so commenced, undertaken, or carried out is inconsistent with the modified permission or approval, commits an offence and is liable, on conviction, to a fine not exceeding *five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine which may extend to **five thousand ringgit for each day during which the offence continues after the first conviction for the offence. (2) Unless the contrary is proved, the owner of the land in respect of which any act that constitutes an offence under subsection (1) is done shall be deemed to have permitted the doing of that act.

Malay text (authoritative)

Kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan

(1) Seseorang yang, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak orang lain— (a) menggunakan atau membenarkan untuk digunakan manamana tanah atau bangunan yang berlanggaran dengan seksyen 18; (b) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan yang berlanggaran seksyen 19 atau seksyen 20; (c) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan jika kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah dibatalkan menurut seksyen 25; atau (d) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan selepas kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah diubah suai menurut seksyen 25 dan pemajuan yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan sedemikian adalah tidak selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga **lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu. (2) Melainkan jika dibuktikan sebaliknya, pemunya tanah yang berkenaan dengannya apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan hendaklah disifatkan sebagai telah membenarkan perbuatan itu dilakukan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next