s 36 The Appeal Board
(1) For the purposes of this Act, there shall be constituted an Appeal Board in and for the State.
(2) The State Authority shall, by notification in the State Gazette, appoint—
(a) with the concurrence of the Minister, a Chairman and a Deputy Chairman of the Appeal Board, being persons who are or have been judges or advocates and solicitors of the High Court or members of the Judicial and Legal Service of Malaysia or who have had judicial experience or other suitable qualifications and experience; and
(b) such number of fit persons, not exceeding twelve, as the State Authority considers adequate to be additional members of the Appeal Board.
(3) A person appointed under subsection (2) shall, unless he sooner resigns his office or his appointment is sooner revoked, hold office for such period not exceeding three years as the State Authority shall specify in the notification of appointment, but shall be eligible for reappointment.
(4) The State Authority may revoke the appointment of a member of the Appeal Board without assigning any reason therefor.
(5) When the Chairman is unable to exercise his functions owing to illness, absence from Malaysia, or any other cause, the Deputy Chairman shall exercise the functions of the Chairman; and in exercising those functions, the Deputy Chairman shall, for the
purposes of this Act, be deemed to be the Chairman of the Appeal Board.
(6) Whenever a need arises for the Appeal Board to be convened, the Chairman shall call upon any two of the members appointed under paragraph (2)(b) to serve with him on the Appeal Board; and it shall be the duty of every member so called upon, to serve on the Appeal Board, unless he is excused by the Chairman, on such grounds as the Chairman considers reasonable, from so serving.
(7) A member of the Appeal Board having an interest in any matter before it shall, as soon as he is aware of his interest, disclose the fact and nature thereof to the Chairman and shall take no part or further part in the proceedings of the Appeal Board relating to the matter.
(8) Every disclosure of interest made under subsection (7) shall be recorded.
(9) Every decision of the Appeal Board shall be made by the Chairman after considering the opinions of the other two members, but in making the decision the Chairman shall not be bound to conform to the opinions of the other two members or either of them, but if the Chairman dissents therefrom, he shall record his reasons for dissenting.
(10) In respect of an appeal before it, the Appeal Board—
(a) shall hear the appellant and the local planning authority;
(b) may summon and examine witnesses;
(c) may require any person to bind himself by an oath to state the truth;
(d) may compel the production and delivery of any document that it considers relevant or material to the appeal;
(e) may confirm, vary or reverse the order or decision appealed against;
(f) may award costs; and
(g) may make any order whether or not provided for by, and not inconsistent with, this Act.
(11) Every person summoned by the Appeal Board to attend its proceedings is legally bound to attend at the place and time specified in the summons, and every person required by the Appeal Board to produce or deliver any document to the Appeal Board or to any public servant is legally bound to so produce or deliver the document.
(12) All summonses, notices, awards, and orders issued, made, or given under the hand of the Chairman shall be deemed to be issued, made, or given by the Appeal Board.
(13) An order made by the Appeal Board on an appeal before it shall be final, shall not be called into question in any court, and shall be binding on all parties to the appeal or involved in the matter.
(14) For the purposes of the Penal Code [Act 574], the Appeal Board shall be deemed to be a court and every member thereof shall be deemed to be a public servant.
(15) The State Authority may make rules to prescribe the procedure of appeals to the Appeal Board and the fees payable in respect thereof, and to regulate the proceedings of the Appeal Board but, until such rules are made and in operation, the Appeal Board shall, for the purpose of its proceedings, as far as practicable follow the Subordinate Courts Rules 1980 [P.U. (A) 328/1980].
(16) Members of the Appeal Board shall be paid, from State funds, such allowances as the State Authority may determine.
Malay text (authoritative)
Lembaga Rayuan
(1) Bagi maksud Akta ini, hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Rayuan di dalam dan bagi Negeri.
(2) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri, melantik—
(a) dengan persetujuan Menteri, seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi bagi Lembaga Rayuan itu, iaitu orang yang menjadi atau telah menjadi hakim atau peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi atau anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia atau yang berpengalaman dari segi kehakiman atau kelayakan dan pengalaman sesuai yang lain; dan
(b) beberapa orang yang layak, tidak melebihi dua belas orang, yang difikirkan memadai oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menjadi ahli tambahan Lembaga Rayuan itu.
(3) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun yang hendaklah ditentukan * CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu ringgit”–lihat Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 [Akta A1129].
oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam pemberitahuan pelantikan itu, tetapi layak dilantik semula.
(4) Pihak Berkuasa Negeri boleh membatalkan pelantikan seseorang ahli Lembaga Rayuan tanpa memberi apa-apa sebab.
(5) Apabila Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya oleh sebab sakit, tidak berada di Malaysia, atau oleh apa-apa sebab lain, Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi itu; dan pada menjalankan fungsi itu, Timbalan Pengerusi hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan itu.
(6) Bila mana timbul suatu keperluan untuk memanggil Lembaga Rayuan bermesyuarat, Pengerusi hendaklah meminta mana-mana dua orang daripada ahli yang dilantik di bawah perenggan (2)(b) supaya berkhidmat dengannya dalam Lembaga Rayuan itu; dan menjadi kewajipan tiap-tiap ahli yang diminta sedemikian, berkhidmat dalam Lembaga Rayuan, melainkan jika dia dikecualikan oleh Pengerusi, atas alasan yang difikirkan munasabah oleh Pengerusi, daripada berkhidmat sedemikian.
(7) Seseorang ahli Lembaga Rayuan yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam apa-apa perkara yang ada di hadapan Lembaga Rayuan hendaklah, sebaik sahaja dia sedar akan kepentingannya, menzahirkan fakta dan jenis kepentingan itu kepada Pengerusi dan tidak boleh mengambil bahagian atau bahagian selanjutnya dalam prosiding Lembaga Rayuan itu yang berhubungan dengan perkara itu.
(8) Tiap-tiap penzahiran kepentingan yang dibuat di bawah subseksyen (7) hendaklah direkodkan.
(9) Tiap-tiap keputusan Lembaga Rayuan hendaklah dibuat oleh Pengerusi setelah menimbangkan pendapat dua orang ahli yang lain itu, tetapi dalam membuat keputusan itu Pengerusi tidak terikat untuk bersetuju dengan pendapat dua orang ahli yang lain itu atau salah seorang daripada mereka, tetapi jika Pengerusi tidak bersetuju dengannya, dia hendaklah merekodkan sebab dia tidak bersetuju.
(10) Berkenaan dengan sesuatu rayuan di hadapannya, Lembaga Rayuan—
(a) hendaklah mendengar perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan;
(b) boleh memanggil dan memeriksa saksi;
(c) boleh menghendaki mana-mana orang mengikat dirinya atas sumpah untuk menyatakan yang benar;
(d) boleh memaksa pengemukaan dan penghantarserahan apaapa dokumen yang difikirkan berkaitan atau material olehnya bagi rayuan itu;
(e) boleh mengesahkan, mengubah atau mengakas perintah atau keputusan yang dirayu;
(f) boleh mengawardkan kos; dan
(g) boleh membuat apa-apa perintah sama ada yang diperuntukkan atau tidak oleh, dan yang selaras dengan Akta ini.
(11) Tiap-tiap orang yang dipanggil oleh Lembaga Rayuan untuk menghadiri prosiding diwajibkan di sisi undang-undang untuk hadir di tempat dan pada masa yang ditentukan dalam saman itu dan tiaptiap orang yang dikehendaki oleh Lembaga Rayuan untuk mengemukakan atau menghantar serah apa-apa dokumen kepadanya atau kepada mana-mana pekhidmat awam diwajibkan di sisi undangundang untuk mengemukakan atau menghantar serah dokumen sedemikian.
(12) Semua saman, notis, award, dan perintah yang dikeluarkan, dibuat, atau diberi di bawah tandatangan Pengerusi hendaklah disifatkan sebagai dikeluarkan, dibuat, atau diberikan oleh Lembaga Rayuan.
(13) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan atas suatu rayuan di hadapannya adalah muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklah mengikat semua pihak kepada rayuan itu atau yang terlibat dalam perkara itu.
(14) Bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574], Lembaga Rayuan hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah dan tiap-tiap ahlinya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam.
(15) Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Lembaga Rayuan dan fi yang kena dibayar berkenaan dengannya, dan mengawal selia prosiding Lembaga Rayuan tetapi, sehingga kaedah-kaedah itu dibuat dan berkuat kuasa, Lembaga Rayuan hendaklah, bagi maksud prosiding, setakat yang boleh dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980]*.
(16) Ahli Lembaga Rayuan hendaklah dibayar, daripada kumpulan wang Negeri, elaun yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).