My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 37

Town and Country Planning Act 1976 s 37

s 37 Notice requiring purchase of land in certain cases

(1) Without prejudice to the operation of any written law for the time being in force relating to the acquisition of land, a registered proprietor of land— (a) for the development of whose land planning permission has been refused under subsection 22(3) on the grounds that the land is indicated in the development plan, whether expressly or by implication, as land intended for a public purpose and who claims that, by reason of the refusal, the land is incapable of reasonable beneficial use; or (b) who claims that, by reason of compliance with a requisition notice in respect of his land served on him under section 30, the land is incapable of reasonable beneficial use, may, in the prescribed manner, serve on the local planning authority a purchase notice in the prescribed form, requiring his interest in the land to be purchased in accordance with this section. (2) There shall be served with the purchase notice a statement of the facts and reasons to justify the claims in the notice, together with copies of any available documents, including affidavits, that may furnish proof of the facts and reasons. (3) The local planning authority shall investigate the claim made in every purchase notice served under subsection (1) and, if it is satisfied that the notice is in the prescribed form and has been prepared and served in the prescribed manner, shall submit the notice to the State Authority together with the statement and any other documents served with the notice and— (a) in the case of a purchase notice of a person claiming under paragraph (1)(a), a detailed report concerning the refusal of planning permission giving rise to the claim, a statement of the specific purpose for which the land is intended, and a statement of the opinion of the local planning authority as to whether the land is capable of reasonable beneficial use; and (b) in the case of a purchase notice of a person claiming under paragraph (1)(b), details of the requisition notice giving rise to the claim and a statement of the opinion of the local planning authority as to whether the land is capable of reasonable beneficial use. (4) If the local planning authority is not satisfied that the purchase notice is in the prescribed form or has been prepared or served in the prescribed manner, it shall reject the purchase notice, but without prejudice to the service of another purchase notice. (5) The State Authority, after considering the purchase notice and all other matters submitted by the local planning authority under subsection (3), shall— (a) if the State Authority is satisfied that the land to which the purchase notice relates is capable of reasonable beneficial use, reject the purchase notice; or (b) if the State Authority is not satisfied that the land to which the purchase notice relates is capable of reasonable beneficial use or is satisfied that the land is not capable of such use, direct the local planning authority to initiate steps towards the acquisition of the land in accordance with the provisions of the Land Acquisition Act 1960 [Act 486]. (6) For the purposes of the Land Acquisition Act 1960— (a) any land intended to be acquired pursuant to this section shall be deemed to be needed by the local planning authority; (b) the local planning authority shall be deemed to be a corporation undertaking a work that is of public utility; and (c) the land shall be deemed to be needed for the purpose referred to in paragraph 3(1)(b) of the Act. (7) Notwithstanding any law to the contrary, in assessing the amount of compensation to be paid for the acquisition of any land pursuant to subsection (5), the land shall be treated as if it had not been indicated in the development plan as land intended for a public purpose and was not in fact so intended or, as the case may be, as if the requisition notice served under section 30 in respect of the land had not been served and there had been no compliance with the notice.

Malay text (authoritative)

Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal tertentu

(1) Tanpa menyentuh penjalanan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan pengambilan tanah, seseorang tuan punya tanah berdaftar— (a) yang tidak diberikan kebenaran merancang di bawah subseksyen 22(3) untuk memajukan tanahnya atas alasan bahawa tanah itu adalah ditunjukkan dalam rancangan pemajuan, sama ada secara nyata atau dengan implikasi, sebagai tanah yang dicadangkan untuk maksud awam dan yang menuntut bahawa, oleh sebab penolakan itu, tanah itu tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah; atau (b) yang menuntut bahawa, oleh sebab pematuhan kepada suatu notis rekuisisi berkenaan dengan tanahnya yang * CATATAN—Teks terjemahan dalam bahasa kebangsaan diwartakan sebagai P.U. (A) 97/1990. disampaikan kepadanya di bawah seksyen 30, tanah itu tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah, boleh, dengan cara yang ditetapkan, menyampaikan kepada pihak berkuasa perancang tempatan suatu notis pembelian dalam bentuk yang ditetapkan, menghendaki supaya kepentingannya mengenai tanah itu dibeli mengikut seksyen ini. (2) Hendaklah disampaikan dengan notis pembelian itu suatu pernyataan tentang fakta dan sebab untuk menyokong tuntutan dalam notis itu, bersama-sama dengan salinan apa-apa dokumen yang boleh didapati, termasuk afidavit, yang boleh memberikan bukti tentang fakta dan sebab itu. (3) Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyiasat tuntutan yang dibuat dalam tiap-tiap notis pembelian yang disampaikan di bawah subseksyen (1) dan, jika ia berpuas hati bahawa notis itu adalah dalam bentuk yang ditetapkan dan telah disediakan dan disampaikan dengan cara yang ditetapkan, hendaklah mengemukakan notis itu kepada Pihak Berkuasa Negeri bersama dengan pernyataan dan apa-apa dokumen lain yang disampaikan dengan notis itu dan— (a) dalam hal suatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(a), suatu laporan lengkap berkenaan dengan penolakan kebenaran merancang itu yang menyebabkan tuntutan itu timbul, suatu pernyataan mengenai maksud tertentu yang dicadangkan untuk tanah itu, dan suatu pernyataan mengenai pendapat pihak berkuasa perancang tempatan sama ada tanah itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah; dan (b) dalam hal suatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(b), butir-butir notis rekuisisi itu yang menyebabkan tuntutan itu timbul dan suatu pernyataan mengenai pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu sama ada tanah itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah. (4) Jika pihak berkuasa perancang tempatan tidak berpuas hati bahawa notis pembelian itu adalah dalam bentuk yang ditetapkan atau telah disediakan atau disampaikan dengan cara yang ditetapkan, ia hendaklah menolak notis pembelian itu, tetapi tanpa menyentuh penyampaian suatu notis pembelian lain. (5) Pihak Berkuasa Negeri selepas menimbangkan notis pembelian itu dan semua perkara lain yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di bawah subseksyen (3), hendaklah— (a) jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah yang berhubungan dengan notis pembelian itu adalah berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah, menolak notis pembelian itu; atau (b) jika Pihak Berkuasa Negeri tidak berpuas hati bahawa tanah yang berhubungan dengan notis pembelian itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah atau berpuas hati bahawa tanah itu tidak berupaya digunakan sedemikian, mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan memulakan langkah untuk mengambil tanah itu mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486]. (6) Bagi maksud Akta Pengambilan Tanah 1960— (a) mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu; (b) pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bagi kemudahan awam; dan (c) tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang disebut dalam perenggan 3(1)(b) Akta itu. (7) Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, dalam menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar kerana pengambilan mana-mana tanah menurut subseksyen (5), tanah itu hendaklah dikira seolah-olah ia tidak ditunjukkan dalam rancangan pemajuan itu sebagai tanah yang dicadangkan untuk maksud awam dan sebenarnya tidak dicadangkan sedemikian atau, mengikut manamana yang berkenaan, seolah-olah notis rekuisisi yang disampaikan di bawah seksyen 30 berkenaan dengan tanah itu tidak disampaikan dan notis itu tidak dipatuhi.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next