My bookmarksSign up free
← Town and Country Planning Act 1976

Town and Country Planning Act 1976 s 46

Town and Country Planning Act 1976 s 46

s 46 Service of documents

(1) All documents required by this Act or the rules made thereunder to be served on any person shall, except where otherwise provided in this Act or the rules, be deemed to be duly served— (a) where the document is to be served on a government department, a railway, local, or statutory authority, or a company, corporation, society, or other body, if the document is addressed to the head of the government department, the general manager of the railway authority, or the secretary or any other principal officer of the local authority, statutory authority, company, corporation, society, or other body at the principal, branch, local, or registered office, as the case may be, of the department, authority, company, corporation, or other body, and is either delivered or sent by registered post at or to such office; (b) where the document is to be served on a partnership, if the document is addressed to the partnership at its usual place of business, identifying it by the name or style under which its business is carried on, and is either delivered or sent by registered post at or to the said place of business; (c) in any other case, if the document is addressed to the person to be served and— (i) is given or tendered to him; (ii) is sent by registered post to him; or (iii) if he cannot be served personally or by registered post, is given or tendered to an adult member of his family or is affixed on a conspicuous part of his last known place of residence or business or of the land or building to which the document relates. (2) A document that is required or authorized to be served on the owner or occupier of any land or building may be addressed, without any further name or description, to “the owner” or “the occupier”, as the case may be, of the land or building, it being named or described, and shall be deemed to be duly served if the document so addressed is sent or delivered in accordance with paragraph (1)(c). (3) If a document is served on a partnership in accordance with paragraph (1)(b), the document shall be deemed to be served on each partner. (4) A document sent by registered post shall be deemed to be served seven days after the date of registration.

Malay text (authoritative)

Penyampaian dokumen

(1) Semua dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya supaya disampaikan kepada mana-mana orang hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini atau kaedah-kaedah itu, disifatkan sebagai telah disampaikan dengan wajar— (a) jika dokumen itu hendak disampaikan kepada sesuatu jabatan kerajaan, pihak berkuasa kereta api, atau pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan atau badan lain, jika dokumen dialamatkan kepada ketua jabatan kerajaan itu, pengurus besar pihak berkuasa kereta api, atau setiausaha atau seseorang pegawai utama pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan, atau badan lain itu di pejabat utama, pejabat cawangan, pejabat tempatan, atau pejabat berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi jabatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, atau badan lain itu, dan sama ada dihantar serah atau dihantar dengan pos berdaftar di pejabat atau ke pejabat itu; (b) jika dokumen itu hendak disampaikan kepada suatu perkongsian, jika dokumen itu dialamatkan kepada perkongsian itu di tempat perniagaan biasanya, mengikut nama atau gelaran yang perniagaannya dijalankan, dan sama ada dihantar serah atau dihantar dengan pos berdaftar di atau ke tempat perniagaan itu; (c) dalam mana-mana hal lain, jika dokumen itu dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan dan— (i) diberikan atau dikemukakan kepadanya; (ii) dihantar melalui pos berdaftar kepadanya; atau (iii) jika tidak dapat disampaikan kepadanya sendiri atau melalui pos berdaftar, diberikan atau dikemukakan kepada seseorang ahli keluarganya yang dewasa atau dilekatkan pada bahagian yang mudah dilihat di tempat kediaman atau perniagaannya yang akhir diketahui atau di tanah atau bangunan yang berhubungan dengan dokumen itu. (2) Suatu dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana tanah atau bangunan boleh dialamatkan, tanpa apa-apa nama atau perihal selanjutnya, “pemunya” atau “penghuni”, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dinamakan atau diperihalkan, tanah atau bangunan itu, dan hendaklah disifatkan sebagai disampaikan dengan sewajarnya jika dokumen itu dialamatkan sedemikian dan dihantar atau dihantar serah mengikut perenggan (1)(c). (3) Jika suatu dokumen disampaikan kepada suatu perkongsian mengikut perenggan (1)(b), dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai disampaikan kepada setiap seorang pekongsi. (4) Suatu dokumen yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan sebagai disampaikan tujuh hari selepas tarikh pendaftaran.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 172 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next