s 23L Pengeluaran daripada, atau penahanan masuk ke dalam, Universiti pelajar yang digantung atau dibuang
Jika seseorang pelajar digantung atau dibuang daripada Universiti di bawah Akta ini, Naib Canselor— (a) hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah yang perlu untuk memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam, Universiti dengan bantuan mana-mana kakitangan Universiti; dan (b) boleh meminta mana-mana pegawai polis membantu dalam memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam, Universiti dan pegawai polis itu boleh, atas permintaan itu, bagi maksud itu, menggunakan apa-apa kekerasan yang munasabah atau selainnya sebagaimana yang perlu ke atas pelajar itu atau mana-mana orang lain.