Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 26 Annual estimates
(1) The Vice-Chancellor shall, not later than April in each year, lay before the Board detailed estimates of revenue and expenditure of the Universiti, including capital expenditure, for the ensuing financial year; such estimates shall contain all such details as the Board may require and shall be in such form as the Board may determine, or as may be prescribed.
(2) A copy of such estimates shall be sent to each member of the Board not less than fourteen days prior to the meeting before which the estimates are to be laid.
(3) The Board shall consider the estimates so submitted and shall sanction the same either unaltered or subject to such alteration as it thinks fit, and such alteration may include the addition, modification or the rejection of any item appearing in the estimates.
(4) The Board may before sanctioning the estimates under subsection (3) refer any item back to the Vice-Chancellor for his re-consideration.
(5) Such estimates as sanctioned by the Board shall be submitted to the Minister, who may disallow or alter such estimates or any portion thereof, or modify any item thereof, or add any item thereto.
(6) Where additional financial provision is required in any year the Board may, from time to time, during the year cause a supplementary estimate to be prepared by the Vice-Chancellor and submitted to it.
(7) Every such supplementary estimate shall be considered and sanctioned by the Board, and submitted to the Minister, who shall deal with it as if it were an original annual estimate.
(8) A supplementary estimate prepared under this section shall show the sources from which the additional expenditure shown in the supplementary estimate is to be met.
(9) The Universiti shall not incur expenditure otherwise than in accordance with the estimates or supplementary estimates approved by the Minister:
Provided that the Board may transfer all or any part of the moneys assigned—
(a) to one item of annually recurrent expenditure to another item of annually recurrent expenditure; or
(b) to one item of capital expenditure to another item of capital expenditure.
(10) The annual and supplementary estimates shall show in separate parts, the annually recurrent expenditure and the capital expenditure of the Universiti.
Malay text (authoritative)
Anggaran tahunan
(1) Naib Canselor hendaklah, tidak lewat daripada bulan April dalam setiap satu tahun, membentangkan di hadapan Lembaga anggaran terperinci hasil dan perbelanjaan Universiti, termasuk perbelanjaan modal, bagi tahun kewangan yang berikutnya; anggaran itu hendaklah mengandungi semua butir yang dikehendaki oleh Lembaga dan hendaklah dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Lembaga atau yang ditetapkan.
(2) Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu akan dibentangkan.
(3) Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan sedemikian dan hendaklah membenarkannya sama ada dengan tidak diubah atau tertakluk pada perubahan sebagaimana yang difikirkannya patut, dan perubahan itu boleh termasuk penambahan, pengubahsuaian atau penolakan apa-apa butiran yang terdapat dalam anggaran itu.
CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang mula berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 Akta 758.
(4) Lembaga boleh sebelum membenarkan anggaran di bawah subseksyen (3) merujukkan balik mana-mana butiran kepada Naib Canselor untuk pertimbangannya semula.
(5) Anggaran yang dibenarkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri yang boleh menolak atau mengubah anggaran itu, atau mana-mana bahagiannya, atau mengubahsuaikan mana-mana butiran dalamnya, atau menambahkan apa-apa butiran kepadanya.
(6) Jika peruntukan kewangan tambahan dikehendaki dalam mana-mana tahun, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dalam tahun itu menyebabkan suatu anggaran tambahan disediakan oleh Naib Canselor dan dikemukakan kepada Lembaga.
(7) Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah dipertimbangkan dan dibenarkan oleh Lembaga, dan dikemukakan kepada Menteri yang hendaklah menguruskannya seolah-olah anggaran itu ialah anggaran tahunan asal.
(8) Sesuatu anggaran tambahan yang disediakan di bawah seksyen ini hendaklah menunjukkan sumber yang daripadanya akan dibayar perbelanjaan tambahan yang ditunjukkan dalam anggaran tambahan itu.
(9) Universiti tidak boleh melakukan perbelanjaan selain mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh Menteri:
Dengan syarat bahawa Lembaga boleh memindahkan semua atau mana-mana bahagian wang yang diperuntukkan—
(a) kepada satu butiran perbelanjaan tahunan berulang kepada suatu butiran perbelanjaan tahunan berulang yang lain; atau
(b) kepada satu butiran perbelanjaan modal kepada suatu butiran perbelanjaan modal yang lain.
(10) Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasingan, perbelanjaan tahunan berulang dan perbelanjaan modal Universiti.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).