Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 81 Falsely representing a trade mark as registered
(1) A person who makes a representation—
(a) with respect to a mark, not being a registered trade mark, to the effect that it is a registered trade mark;
(b) with respect to a part of a registered trade mark, not being a part separately registered on a trade mark, to the effect that it is so registered;
(c) to the effect that a registered trade mark is registered in respect of goods or services in respect of which it is not registered; or
(d) to the effect that the registration of a trade mark gives a right to the exclusive use of the trade mark in circumstances in which, having regard to conditions or limitations entered on the Register, the registration does not give that right,
is guilty of an offence and is liable, on conviction, to a fine not exceeding five hundred ringgit or to a term of imprisonment not exceeding two months or to both.
(2) For the purpose of this section, the use in Malaysia in relation to a trade mark of the word “registered” or of any other word referring whether expressly or impliedly to registration shall be deemed to import a reference to registration in the Register except—
(a) where the word is used in physical association with other words delineated in characters at least as large as those in which that word is delineated and indicating that the reference is to registration as a trade mark under the law of a country outside Malaysia being a country under the law of which the registration referred to is in fact in force;
(b) where the word (being a word other than the word “registered”) is of itself such as to indicate that the reference is to registration as mentioned in paragraph (a); or
(c) where that word is used in relation to a mark registered as a trade mark under the law of a country outside Malaysia and in relation to goods to be exported to that country.
Malay text (authoritative)
Menyatakan dengan palsu cap dagangan sebagai didaftarkan
(1) Seseorang yang membuat suatu representasi—
(a) berkenaan dengan sesuatu cap dagangan, yang bukan suatu cap dagangan berdaftar, yang bermaksud bahawa cap dagangan itu ialah suatu cap dagangan berdaftar;
(b) berkenaan dengan sebahagian daripada sesuatu cap dagangan berdaftar, yang bukan suatu bahagian yang didaftarkan secara berasingan sebagai suatu cap dagangan, yang bermaksud bahawa cap dagangan itu adalah didaftarkan sedemikian;
(c) yang bermaksud bahawa sesuatu cap dagangan adalah didaftarkan mengenai barang-barang atau perkhidmatan yang mengenainya cap dagangan itu adalah tidak didaftarkan; atau
(d) yang bermaksud bahawa pendaftaran sesuatu cap dagangan memberi suatu hak ke atas penggunaan eksklusif akan cap dagangan itu dalam hal keadaan dalam mana, memandang kepada syarat-syarat atau batasan-batasan yang dicatitkan dalam Daftar, pendaftaran itu adalah tidak memberi hak itu, bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya.
(2) Bagi maksud seksyen ini penggunaan di Malaysia berhubung dengan sesuatu cap dagangan akan perkataan “berdaftar” atau akan apa-apa perkataan lain yang merujuk sama ada dengan nyata atau dengan cara faham kepada pendaftaran hendaklah disifatkan sebagai bererti suatu rujukan kepada pendaftaran dalam Daftar kecuali—
(a) jika perkataan itu digunakan dalam perkaitan fisikal dengan perkataan-perkataan lain yang ditunjukkan dengan huruf yang sekurang-kurangnya sama besar dengan huruf perkataan itu ditunjukkan dan menunjukkan bahawa rujukan itu adalah kepada pendaftaran sebagai sesuatu cap dagangan di bawah undang-undang sesuatu negara di luar Malaysia iaitu negara yang di bawah undang-undangnya pendaftaran yang dirujukkan itu adalah sebenarnya berkuatkuasa;
(b) jika perkataan itu (iaitu suatu perkataan yang lain daripada perkataan “berdaftar”) adalah sendirinya sesuatu yang menunjukkan bahawa rujukan itu adalah kepada pendaftaran sebagaimana disebutkan dalam perenggan (a); atau
(c) jika perkataan itu digunakan berhubung dengan suatu cap yang didaftarkan sebagai suatu cap dagangan di bawah undang-undang sesuatu negara di luar Malaysia dan berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke negara itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).