Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 17
Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 17
Sections 3–10 were repealed by later amendments.
s 17 Option to pensionable employees on retirement
A pensionable employee who was a contributor to the Employees Provident Fund or any other provident fund established by any statutory or local authority may on retirement either—
(a) accept the full pension and gratuity or gratuity for which he is eligible provided that payment is made to the Fund of an amount equivalent to the contributions with interest which the Government or any State Government or employer made to the Employees Provident Fund or other provident fund established by the statutory or local authority on his behalf during any period of reckonable past service as in section 16; or
(b) forgo that portion of pension and gratuity or gratuity that would otherwise have accrued in respect of service during which he was a contributor to the Employees Provident Fund or other provident fund established by the statutory or local authority and to retain his provident fund credit instead.
Malay text (authoritative)
Pilihan bagi pekerja berpencen apabila bersara
Seseorang pekerja berpencen yang merupakan seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau manamana kumpulan wang pekerja yang ditubuhkan oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan boleh memilih apabila bersara sama ada—
(a) menerima pencen penuh dan ganjaran atau ganjaran yang dia layak mendapatnya dengan syarat bahawa pembayaran dibuat kepada Kumpulan Wang sebanyak suatu amaun yang sama banyaknya dengan caruman serta bunga yang telah dibayar oleh Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa berkanun atau tempatan bagi pihaknya dalam mana-mana tempoh perkhidmatan yang lepas yang boleh dimasuk kira sebagaimana yang tersebut dalam seksyen 16; atau
(b) melepaskan bahagian pencen dan ganjaran atau ganjaran yang, jika tidak dilepaskan, sepatutnya telah terakru berkenaan dengan perkhidmatan dalam masa dia menjadi pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan mengambil kredit kumpulan wang simpanannya sebagai ganti.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).