My bookmarksSign up free
← Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 s 17

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 s 17

s 17 Inspection of books, etc., and power to investigate into the affairs of the Bank

(1) The Minister may authorize any person in writing to inspect at any time the books, accounts, papers, securities, and cash in hand of the Bank or any of its subsidiaries; and every officer of the Bank or subsidiary, including every past officer, shall furnish such information and produce such books, accounts, papers, and securities relating to the transactions and working of the Bank or subsidiary as the authorized person may require. (2) Any officer, including any past officer, of the Bank or subsidiary who fails to comply with any requirement of an authorized person under subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred ringgit for every day during which the default continues. (3) Without prejudice to subsection (1), the Minister may authorize any person in writing to make an investigation, under conditions of secrecy, of the books, accounts, and transactions of the Bank or any of its subsidiaries, if he has reason to believe that the Bank or subsidiary is carrying on its business in a manner detrimental to the interests of its members or depositors, or does not have sufficient assets to cover its liabilities to the public, or is contravening this Act. (4) For the purposes of an investigation under subsection (3), the Bank and subsidiary shall afford the authorized person access to its books, accounts, and documents and shall give such information and provide such facilities as he may require to conduct the investigation. (5) If the Bank or subsidiary fails to comply with subsection (4), it shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit for every day during which the default continues.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan buku, dll., dan kuasa untuk menyiasat hal ehwal Bank

(1) Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk memeriksa pada bila-bila masa buku, akaun, kertas, cagaran, dan wang tunai yang ada dalam Bank atau mana-mana subsidiarinya; dan tiap-tiap pegawai Bank atau pegawai subsidiari, termasuk tiap-tiap pegawai yang dahulu, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apa-apa buku, akaun, kertas dan cagaran yang berhubungan dengan transaksi dan perjalanan Bank atau subsidiari itu sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa itu. (2) Mana-mana pegawai, termasuk mana-mana pegawai Bank atau pegawai subsidiari yang dahulu yang tidak mematuhi apa-apa kehendak seseorang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan. (3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk menjalankan suatu penyiasatan, di bawah keadaan rahsia, mengenai buku, akaun dan transaksi Bank atau mana-mana subsidiarinya, jika dia ada sebab untuk percaya bahawa Bank atau subsidiari itu menjalankan urusannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan ahli atau pendepositnya, atau tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk meliputi liabilitinya kepada orang ramai, atau melanggar Akta ini. (4) Bagi maksud suatu penyiasatan di bawah subseksyen (3), Bank dan subsidiari itu hendaklah membenarkan orang yang diberi kuasa itu akses kepada buku, akaun, dan dokumen, dan hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengadakan apa-apa kemudahan yang dikehendakinya untuk menjalankan penyiasatan itu. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 21 (5) Jika Bank atau subsidiari itu tidak mematuhi subseksyen (4), ia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 202 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next