My bookmarksSign up free
← Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 s 18

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 s 18

s 18 Information to Minister

(1) The Bank shall, once in every three months, submit to the Minister or to an officer designated by him and to the Minister of Finance or to an officer designated by him a report on the assets and liabilities of the Bank and a statement showing particulars of all advances and loans granted to— (a) any of its directors, as defined in subsection 15(4); (b) any firm or corporation in which any of the directors of the Bank, as defined in subsection 15(4), is interested as a partner, director, manager, or agent; (c) any subsidiary of the Bank; (d) any individual, firm, or corporation of whom or of which any of the directors of the Bank, as defined in subsection 15(4), is a guarantor; (e) any of its officers or employees in excess of six months’ remuneration of the officer or employee; and (f) any corporation, other than a corporation to which paragraph (d) applies, in which any of the directors, officers, or employees of the Bank is interested as a director, manager, agent, or guarantor. (2) If, on examination of the report and statement submitted by the Bank under subsection (1), it appears to the Minister or to the officer designated by him that any advance or loan granted is to the detriment of the interests of the members or depositors of the Bank, the Minister or, on the direction of the Minister, the designated officer may, with the concurrence of the Minister of Finance, by order in writing prohibit the Bank from granting any further advance or loan or impose such restrictions on further grants as the Minister or the designated officer, with the concurrence of the Minister of Finance, thinks fit, and may further, with the concurrence of the Minister of Finance, direct the Bank to secure repayment of any advance or loan within such time and to such extent as may be specified in the order.

Malay text (authoritative)

Maklumat kepada Menteri

(1) Bank hendaklah, sekali dalam tiap-tiap tiga bulan, mengemukakan kepada Menteri atau kepada seorang pegawai yang ditetapkan oleh Menteri dan kepada Menteri Kewangan atau kepada seorang pegawai yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan suatu laporan mengenai aset dan liabiliti Bank dan suatu pernyataan yang menunjukkan butir-butir semua pendahuluan dan pinjaman yang telah diberikan kepada— (a) mana-mana pengarahnya, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4); (b) mana-mana firma atau perbadanan yang dalamnya mana-mana pengarah Bank, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4), mempunyai kepentingan sebagai seorang pekongsi, pengarah, pengurus, atau ejen; (c) mana-mana subsidiari Bank; (d) mana-mana individu, firma, atau perbadanan yang penjaminnya ialah pengarah Bank, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4); (e) mana-mana pegawai atau pekerjanya yang melebihi enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu; dan (f) mana-mana perbadanan, selain perbadanan yang baginya perenggan (d), terpakai, yang dalamnya mana-mana pengarah, pegawai, atau pekerja Bank mempunyai kepentingan sebagai seorang pengarah, pengurus, ejen, atau penjamin. (2) Jika, apabila diperiksa laporan dan pernyataan yang dikemukakan oleh Bank di bawah subseksyen (1), ternyata pada Menteri atau pegawai yang ditetapkan oleh Menteri itu bahawa apa-apa pendahuluan atau pinjaman yang diberikan memudaratkan kepentingan ahli atau pendeposit Bank, Menteri atau, atas arahan Menteri, pegawai yang ditetapkan itu boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah secara bertulis melarang Bank daripada memberikan apa-apa pendahuluan atau pinjaman selanjutnya atau mengenakan apa-apa sekatan ke atas pemberian selanjutnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri atau pegawai yang ditetapkan itu, dengan persetujuan Menteri Kewangan, dan boleh selanjutnya, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Bank supaya mendapatkan pembayaran balik apa-apa pendahuluan atau pinjaman dalam apa-apa tempoh dan setakat yang dinyatakan dalam perintah itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 202 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next