s 12 Loans and investments by trustees not chargeable as breaches of trust
(1) A trustee lending money on the security of any property on which he can properly lend shall not be chargeable with breach of trust by reason only of the proportion borne by the amount of the loan to the value of the property at the time when the loan was made, if it appears to the Court—
(a) that in making the loan the trustee was acting upon a report as to the value of the property made by a person whom he reasonably believed to be an able practical surveyor or valuer instructed and employed independently of any owner of the property, whether such surveyor or valuer carried on business in the locality where the property is situate or elsewhere;
(b) that the amount of the loan does not exceed two third parts of the value of the property as stated in the report; and
(c) that the loan was made under the advice of the surveyor or valuer expressed in the report.
(2) A trustee lending money on the security of any leasehold property shall not be chargeable with breach of trust only upon the ground that in making the loan he dispensed either wholly or partly with the production or investigation of the lessor’s title.
(3) A trustee shall not be chargeable with breach of trust only upon the ground that in effecting the purchase, or in lending money upon the security, of any property he has accepted a shorter title than the title which a purchaser is, in the absence of a special
contract, entitled to require, if in the opinion of the Court the title accepted be such as a person acting with prudence and caution would have accepted.
(4) This section applies to transfers of existing securities as well as to new securities and to investments made before as well as after the commencement of this Act.
Malay text (authoritative)
Pinjaman dan pelaburan oleh pemegang amanah yang tidak boleh dipertuduh sebagai pecah amanah
(1) Seseorang pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta yang mengenainya dia dengan sepatutnya boleh memberi pinjaman tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya oleh sebab kadar yang ditanggung oleh amaun pinjaman itu berbanding dengan nilai harta itu pada masa pinjaman tersebut diberi, jika Mahkamah mendapati—
(a) bahawa pada masa memberi pinjaman itu pemegang amanah itu bertindak mengikut laporan mengenai nilai harta itu yang dibuat oleh seseorang yang dia dengan munasabahnya mempercayai menjadi seorang juruukur
atau penilai praktis yang berkebolehan yang diarah dan diguna khidmat secara bebas daripada mana-mana pemunya harta itu, sama ada juruukur atau penilai itu menjalankan urusannya dalam kawasan di mana terletaknya harta itu atau di tempat-tempat lain;
(b) bahawa amaun pinjaman itu tidak melebihi dua per tiga bahagian daripada nilai harta itu sebagaimana disebut dalam laporan itu; dan
(c) bahawa pinjaman itu dibuat mengikut nasihat juruukur atau penilai yang dinyatakan dalam laporan itu.
(2) Seseorang pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta pegangan pajak tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya atas alasan bahawa pada masa memberi pinjaman itu dia tidak minta dikemukakan atau menyiasat, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya, hakmilik pemberi pajakan itu.
(3) Seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya atas alasan bahawa pada masa melakukakn pembelian, atau pada masa meminjamkan wang atas cagaran, apa-apa harta dia telah menerima hakmilik yang lebih singkat daripada hakmilik yang seseorang pembeli, jika tidak ada suatu kontrak khas, berhak menuntut, jika pada pendapat Mahkamah hakmilik yang diterima itu adalah suatu hakmilik yang pasti akan diterima oleh seseorang yang bertindak dengan hemat dan cermat.
(4) Seksyen ini terpakai bagi pemindahan sekuriti yang ada dan juga bagi sekuriti baru dan bagi pelaburan yang dibuat sebelum dan juga selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).