(1) A trustee may insure against loss or damage by fire any building or other insurable property to any amount, including the amount of any insurance already on foot, up to the full value of the building or property, and pay the premiums for the insurance out of the income thereof or out of the income of any other property subject to the same trusts without obtaining the consent of any person who may entitled wholly or partly to the income.
(2) This section does not apply to any building or property which a trustee is bound forthwith to convey absolutely to any beneficiary upon being requested to do to.
Malay text (authoritative)
Kuasa mengambil insurans
(1) Seseorang pemegang amanah boleh menginsuranskan apaapa bangunan atau harta lain yang boleh diinsuranskan daripada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran hingga apa-apa amaun, termasuk amaun apa-apa insurans yang telah sedia ada, setakat nilai penuh bangunan atau harta itu, dan membayar premium insurans itu dengan pendapatan daripada bangunan atau harta itu atau dengan pendapatan mana-mana harta lain yang tertakluk kepada amanah yang sama tanpa memerlukan persetujuan mana-mana orang yang berhak sepenuhnya atau sebahagiannya kepada pendapatan itu.
(2) Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana bangunan atau harta yang seseorang pemegang amanah terikat untuk memindah hak secara mutlak dengan serta-merta kepada mana-mana benefisiari apabila diminta berbuat demikian.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).