My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 25

Trustee Act 1949 s 25

s 25 Application of insurance money where policy kept up under any trust, power or obligation

(1) Money receivable by trustees or any beneficiary under a policy of insurance against the loss or damage of any property subject to a trust, whether by fire or otherwise, shall, where the policy has been kept up under any trust in that behalf or under any power, statutory or otherwise, or in performance of any covenant or of any obligation, statutory or otherwise, or by tenant for life impeachable for waste, be capital money for the purpose of the trust. (2) If any such money is receivable by any person, other than the trustees of the trust, that person shall use his best endeavour to recover and receive the money, and shall pay the net residue thereof after discharging any costs of recovering and receiving it, to the trustees of the trust, or if there are no trustees capable of giving a discharge, into the Court. (3) Any such money— (a) if it was receivable in respect of property held upon trust for sale, shall be held upon the trusts and subject to the powers and provisions applicable to money arising by a sale under the trust; and (b) in any other case, shall be held upon trusts corresponding as nearly as may be with the trusts affecting the property in respect of which it was payable. (4) Such money, or any part thereof, may also be applied by the trustees, or, if in the Court, under the direction of the Court, in rebuilding, reinstating, replacing, or repairing the property loss or damaged, but any such application by the trustees shall be subject to the consent of any person whose consent is required by the instrument, if any, creating the trust to the investment of money subject to the trust. (5) Nothing contained in this section prejudices or affects the right of any person to require any such money or any part thereof to be applied in rebuilding, reinstating, or repairing the property lost or damaged, or the right of any chargee, lessor, or lessee, whether under any written law, or otherwise. (6) This section applies to policies effected either before or after the commencement of this Act, but only to money received after the commencement.

Malay text (authoritative)

Penggunaan wang insurans jika polisi disenggara di bawah apa- apa amanah, kuasa atau kewajipan

(1) Wang yang boleh diterima oleh pemegang amanah atau manamana benefisiari di bawah suatu polisi insurans terhadap kerugian atau kerosakan apa-apa harta yang tertakluk kepada amanah, sama ada disebabkan oleh kebakaran atau selainnya, hendaklah, jika polisi insurans itu disenggara di bawah apa-apa amanah bagi maksud itu atau di bawah apa-apa kuasa, berkanun atau selainnya, atau dalam melaksanakan apa-apa waad atau apa-apa kewajipan, berkanun atau selainnya, atau oleh seorang penyewa seumur hidup yang boleh dicabar kerana pensia-siaan, menjadi wang modal bagi maksud amanah itu. (2) Jika apa-apa wang sedemikian boleh diterima oleh mana-mana orang, selain pemegang amanah bagi amanah itu, orang itu hendaklah menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mendapatkan dan menerima wang itu, dan hendaklah membayar baki bersihnya, setelah dijelaskan apa-apa kos bagi mendapatkan dan menerimanya, kepada pemegang amanah bagi amanah itu, atau jika tidak ada pemegang amanah yang boleh menjelaskan kos itu, ke dalam Mahkamah. (3) Mana-mana wang itu— (a) jika ia diterima berkenaan dengan harta yang dipegang atas amanah untuk menjual, hendaklah dipegang atas amanah itu dan tertakluk kepada kuasa dan peruntukan yang boleh dipakai bagi wang yang diperoleh dengan cara jualan di bawah amanah itu; dan (b) dalam mana-mana hal lain, hendaklah dipegang atas amanah yang mempunyai persamaan paling hampir yang boleh dengan amanah yang melibatkan harta yang mengenainya wang itu kena dibayar. (4) Wang itu, atau mana-mana bahagiannya, boleh juga digunakan oleh pemegang amanah, atau, jika ada pada Mahkamah, mengikut arahan Mahkamah itu, untuk membina semula, memulihkan, mengganti, atau memperbaiki harta yang telah hilang atau rosak itu, tetapi apa-apa penggunaan sedemikian oleh pemegang amanah hendaklah tertakluk kepada persetujuan mana-mana orang yang persetujuannya dikehendaki oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah itu. (5) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini memudaratkan atau menjejaskan hak mana-mana orang menghendaki supaya mana-mana wang sedemikian atau mana-mana bahagiannya digunakan bagi membina semula, memulihkan, atau memperbaiki harta yang telah hilang atau rosak itu, atau hak mana-mana pemegang gadaian, pemberi pajak, atau penerima pajak, sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya. (6) Seksyen ini terpakai bagi polisi yang berkuat kuasa sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, tetapi hanya mengenai wang yang diterima selepas berkuatkuasanya Akta itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next