My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 27

Trustee Act 1949 s 27

s 27 Reversionary interests, valuations and audit

(1) Where trust property includes any share or interest in property not vested in the trustees, or the proceeds of the sale of any such property, or any other thing in action, the trustees on the same falling into possession, or becoming payable or transferable may— (a) agree or ascertain the amount or value or any part in such manner as they may think fit; (b) accept in or towards satisfaction thereof, at the market or current value, or upon any valuation or estimate of value which they may think fit, any authorized investments; (c) allow any deductions for duties, costs, charges and expenses which they may think proper or reasonable; (d) execute any release in respect of the premises so as effectually to discharge all accountable parties from all liability in respect of any matters coming within the scope of such release, without being responsible in any such case for any loss occasioned by any act or thing so done by them in good faith. (2) The trustees shall not be under any obligation and shall not be chargeable with any breach of trust by reason of any omission— (a) to apply for any stop or other like order upon any securities or other property out of or on which such share or interest or other thing in action as aforesaid is derived, payable or charged; or (b) to take any proceedings on account of any act, default, or neglect on the part of the persons in whom the securities or other property or any of them or any part thereof are for the time being, or had at any time been, vested, unless and until required in writing so to do by some person, or the guardian of some person, beneficially interested under the trust, and unless also due provision is made to their satisfaction for payment of the costs of any proceedings required to be taken: Provided that nothing in this subsection shall relieve the trustees of the obligation to get in and obtain payment or transfer of the share or interest or other thing in action on the same falling into possession. (3) Trustees may, for the purpose of giving effect to the trust, or any of the provisions of the instrument, if any, creating the trust or of any written law, from time to time (by duly qualified agents) ascertain and fix the value of any trust property in such manner as they think proper, and any valuation so made in good faith shall be binding upon all persons interested under the trust. (4) Trustees may, in their absolute discretion, from time to time, but not more than once in every year unless the nature of the trust or any special dealings with the trust property make a more frequent exercise of the right reasonable, cause the accounts of the trust property to be examined or audited by an independent accountant, and shall, for that purpose, produce such voucher and give such information to him as he may require, and the costs of the examination or audit, including the fee of the auditor, shall be paid out of the capital or income of the trust property, or partly in one way and partly in the other as the trustees, in their absolute discretion, think fit, but, in default of any direction by the trustees to the contrary in any special case, costs attributable to capital shall be borne by capital and those attributable to income by income.

Malay text (authoritative)

Kepentingan perkembalian, penilaian dan pengauditan

(1) Jika harta amanah meliputi apa-apa bahagian atau kepentingan pada harta yang tidak terletak hak pada pemegang amanah, atau hasil jualan mana-mana harta sedemikian, atau apa-apa benda lain dalam tindakan, apabila bahagian atau kepentingan pada harta, hasil jualan mana-mana harta sedemikian atau benda dalam tindakan itu jatuh ke dalam milik, atau menjadi kena dibayar atau boleh dipindahkan, pemegang amanah boleh— (a) mempersetujui atau menentukan amaunnya atau nilainya atau mana-mana bahagiannya mengikut apa-apa cara yang mereka fikirkan patut; (b) menerima sebagai atau bagi penyelesaiannya, mengikut nilai pasaran atau nilai semasa, atau atas apa-apa penilaian atau anggaran nilai yang mereka fikirkan patut, apa-apa pelaburan yang dibenarkan; (c) membenarkan apa-apa potongan mengenai duti, kos, caj dan perbelanjaan yang mereka fikirkan patut atau munasabah; (d) menyempurnakan apa-apa pelepasan berkenaan dengan premis itu supaya dengan berkesannya melepaskan semua pihak yang bertanggungjawab daripada segala liabiliti berkenaan dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam skop pelepasan itu, tanpa dipertanggungjawabkan dalam mana-mana hal sedemikian terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan demikian oleh mereka dengan suci hati. (2) Pemegang-pemegang amanah itu tidak boleh dikenakan apaapa kewajipan dan tidak boleh dipertuduh atas pecah amanah oleh sebab apa-apa ketinggalan— (a) untuk memohon mendapatkan sesuatu perintah pemberhentian atau perintah lain yang serupa ke atas apaapa sekuriti atau harta lain yang daripadanya atau mengenainya bahagian atau kepentingan atau benda lain dalam tindakan yang tersebut dahulu diperoleh, kena dibayar atau ditanggungkan; atau (b) untuk mengambil apa-apa prosiding oleh sebab sesuatu perbuatan, keingkaran, atau keabaian di pihak orang yang padanya sekuriti atau harta lain atau salah satu daripadanya atau mana-mana bahagiannya pada masa itu, atau telah pada bila-bila masa, terletak hak, melainkan jika dan sehingga dikehendaki berbuat demikian secara bertulis oleh mana-mana orang, atau penjaga mana-mana orang, yang mempunyai kepentingan benifisial di bawah amanah itu, dan melainkan jika peruntukan sewajarnya juga dibuat dengan memuaskan hati mereka mengenai pembayaran kos mana-mana prosiding yang perlu diambil: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh melepaskan pemegang amanah daripada kewajipan memungut dan mendapatkan bayaran atau memindahkan bahagian atau kepentingan atau benda kain dalam tindakan itu apabila ia jatuh ke dalam milik. (3) Pemegang-pemegang amanah boleh, bagi maksud memberi kuat kuasa pada amanah itu, atau mana-mana peruntukan surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu atau mana-mana undangundang bertulis, dari semasa ke semasa (melalui ejen yang sewajarnya berkelayakan) menentukan dan menetapkan nilai manamana harta amanah mengikut apa-apa cara yang mereka fikirkan patut, dan apa-apa penilaian yang dibuat demikian dengan suci hati hendaklah mengikat ke semua pihak yang ada kepentingan di bawah amanah itu. (4) Pemegang-pemegang amanah boleh, mengikut budi bicara mutlak mereka, dari semasa ke semasa, tetapi tidak lebih daripada sekali dalam tiap-tiap tahun melainkan jika jenis amanah itu atau apaapa urusan khas mengenai harta amanah itu menyebabkannya munasabah untuk menjalankan hak itu dengan lebih kerap, mengarahkan supaya akaun harta amanah itu diperiksa atau diaudit oleh seseorang akauntan bebas, dan hendaklah, bagi maksud itu, mengemukakan apa-apa baucar dan memberi apa-apa maklumat kepada akauntan itu sebagaimana dikehendakinya, dan kos pemeriksaan dan pengauditan itu, termasuk fi juruaudit itu, hendaklah dibayar dengan modal atau pendapatan daripada harta amanah itu, atau sebahagiannya daripada modal dan sebahagiannya daripada pendapatan tersebut sebagaimana difikirkan patut oleh pemegang amanah itu mengikut budi bicara mutlaknya, tetapi jika tidak ada apaapa arahan yang bertentangan oleh pemegang amanah itu dalam sesuatu hal yang khas, kos yang boleh dikaitkan dengan modal hendaklah ditanggung oleh modal dan kos yang boleh dikaitkan dengan pendapatan hendaklah ditanggung oleh pendapatan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next