My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 28

Trustee Act 1949 s 28

s 28 Power to employ agents

(1) Trustees or personal representatives may, instead of acting personally, employ and pay an agent, whether a solicitor, banker, stockbroker, or other person, to transact any business or do any act required to be transacted or done in the execution of the trust, or the administration of the testator’s or intestate’s estate, including the receipt and payment of money, and shall be entitled to be allowed and paid all charges and expenses so incurred, and shall not be responsible for the default of any such agent if employed in good faith. (2) Trustees or personal representatives may appoint any person to act as their agent or attorney for the purpose of selling, converting, collecting, getting in, and executing and perfecting assurances of, or managing or cultivating, or otherwise administering any property, movable or immovable, subject to the trust or forming part of the testator’s or intestate’s estate, in any place outside Malaysia or executing or exercising any discretion or trust or power vested in them in relation to any such property, with such ancillary powers, and with and subject to such provisions and restrictions as they may think fit, including a power to appoint substitutes, and shall not, by reason only of their having made such appointment, be responsible for any loss arising thereby. (3) (a) Without prejudice to such general power of appointing agents as aforesaid— (i) a trustee may appoint a solicitor to be his agent to receive and give a discharge for any money or valuable consideration or property receivable by the trustees under the trust, by permitting the solicitor to have the custody of, and to produce, an instrument having in the body thereof or endorsed a receipt for such money or valuable consideration or property, the instrument being executed, or the endorsed receipt being signed, by the person entitled to give a receipt for that consideration; (ii) a trustee shall not be chargeable with breach of trust by reason only of his having made or concurred in making any such appointment; and the production of any such instrument by the solicitor shall have the same statutory validity and effect as if the person appointing the solicitor had not been a trustee; and (iii) a trustee may appoint a banker or solicitor to be his agent to receive and give a discharge for any money payable to the trustee under or by virtue of a policy of insurance, by permitting the banker or solicitor to have the custody of and to produce the policy of insurance with a receipt signed by the trustee, and a trustee shall not be chargeable with a breach of trust by reason only of his having made or concurred in making any such appointment: Provided that nothing in this subsection shall exempt a trustee from any liability which he would have incurred if this Act and any written law replaced by this Act had not been passed, in case he permits any such money, valuable consideration, or property to remain in the hands or under the control of the banker or solicitor for a period longer than is reasonably necessary to enable the banker or solicitor, as the case may be, to pay or transfer the same to the trustee. (b) This subsection applies whether the money or valuable consideration or property was or is received before or after the commencement of this Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa mengguna khidmat ejen

(1) Pemegang-pemegang amanah atau wakil diri boleh, sebagai ganti daripada bertindak sendiri, mengambil khidmat dan membayar seseorang ejen, sama ada peguam cara, jurubank, broker stok, atau orang lain, bagi menguruskan apa-apa perniagaan atau melakukan apaapa perbuatan yang perlu diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan amanah, atau mentadbirkan estet pewasiat atau si mati tak berwasiat, termasuk penerimaan dan pembayaran wang, dan adalah berhak mendapatkan dan dibayar kesemua caj dan perbelanjaan yang ditanggung demikian, dan tidaklah bertanggungjawab terhadap keingkaran mana-mana ejen sedemikian jika dia diambil khidmat dengan suci hati. (2) Pemegang-pemegang amanah atau wakil diri boleh melantik mana-mana orang untuk bertindak sebagai ejen atau wakil mereka bagi maksud menjual, menukar, memungut, mendapat, dan menyempurna dan menyelesaikan asurans, atau mengurus atau mengusahakan, atau selainnya mengendalikan apa-apa harta, alih atau tak alih, yang tertakluk kepada amanah itu atau yang menjadi sebahagian daripada estet pewasiat atau si mati tak berwasiat itu, di mana-mana tempat di luar Malaysia atau melaksana atau kuasa yang terletak hak pada mereka berhubungan dengan mana-mana harta sedemikian, dan mempunyai apa-apa kuasa sampingan, dan dengan serta tertakluk kepada apa-apa peruntukan dan sekatan sebagaimana mereka fikirkan patut, termasuk tanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripadanya hanya oleh sebab mereka telah membuat perlantikan sedemikian. (3) (a) Tanpa menyentuh apa-apa kuasa am mengenai perlantikan ejen sebagaimana tersebut dahulu- (i) seseorang pemegang amanah boleh melantik seorang peguam cara menjadi ejennya untuk menerima dan memberi pelepasan bagi apa-apa wang atau balasan bernilai atau harta yang boleh diterima oleh pemegang amanah di bawah amanah itu, dengan membenarkan peguam cara itu menyimpan, dan mengemukakan, surat cara yang ada terkandung di dalamnya atau diendors di atasnya penerimaan mengenai wang atau balasan berharga atau harta itu, surat cara yang disempurnakan, atau resit yang diendors itu ditandatangani, oleh orang yang berhak memberi resit bagi balasan itu; (ii) seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya oleh sebab dia telah membuat atau bersetuju membuat sesuatu pelantikan sedemikian; dan pengemukaan mana-mana surat cara sedemikian oleh peguam cara itu hendaklah mempunyai keesahan dan efek statutori yang sama seolah-olah orang yang melantik peguam cara itu tidak pernah menjadi pemegang amanah, dan (iii) seseorang pemegang amanah boleh melantik seorang jurubank atau peguam cara menjadi ejennya untuk menerima dan memberi pelepasan bagi apa-apa wang yang kena dibayar kepada pemegang amanah itu di bawah atau menurut sesuatu polisi insurans, dengan membenarkan jurubank atau peguam cara itu menyimpan dan mengemukakan polisi insurans itu berserta resit yang ditandatangani oleh pemegang amanah itu, dan seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya sebab dia telah membuat atau bersetuju membuat sesuatu pelantikan sedemikian: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh mengecualikan seseorang pemegang amanah daripada apa-apa liabiliti yang akan ditanggung olehnya jika Akta ini dan mana-mana undangundang bertulis yang diganti oleh Akta ini tidak diluluskan, sekiranya dia membenarkan mana-mana wang, balasan bernilai, atau harta itu berada di tangan atau di bawah kawalan jurubank atau peguam cara itu untuk tempoh yang lebih lama daripada tempoh yang semunasabahnya perlu bagi membolehkan jurubank atau peguam cara itu, mengikut mana yang berkenaan, membayar atau memindahkan wang, balasan bernilai atau harta itu kepada pemegang amanah itu. (b) Subseksyen ini terpakai sama ada wang atau balasan bernilai atau harta itu telah diterima atau diterima sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next