My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 30

Trustee Act 1949 s 30

s 30 Power to delegate trusts during absence abroad

(1) A trustee intending to remain out of Malaysia for a period exceeding fourteen days may, notwithstanding any rule of law or equity to the contrary, by power of attorney, delegate to any person (including a trust corporation) the execution or exercise during his absence from Malaysia of all or any trusts, powers and discretions vested in him as such trustee, either alone or jointly with any other person or persons: Provided that a person being the only other co-trustee and not being a trust corporation shall not be appointed to be an attorney under this subsection. (2) The donor of a power of attorney given under this section shall be liable for the acts or defaults of the donee in the same manner as if they were the acts or defaults of the donor. (3) The power of attorney shall not come into operation unless and until the donor is out of Malaysia and shall be revoked by his return or entry into Malaysia. (4) The power of attorney shall be verified by attestation in the manner required by the Powers of Attorney Act 1949 [Act 424], and a true copy or office copy thereof shall be deposited in a registry of the High Court as required by such Act, with a statutory declaration by the donor that he intends to remain out of Malaysia for a period exceeding fourteen days from the date of the declaration, or from a date therein mentioned. (5) The statutory declaration aforesaid and a statutory declaration by the donee of the power of attorney that the power has come into operation and has not been revoked by the return or entry into Malaysia of the donor shall be conclusive evidence of the facts stated in favour of any person dealing with the donee. (6) In favour of any person dealing with the donee, any act done or instrument executed by the donee shall, notwithstanding that the power has never come into operation or has become revoked by the act of the donor or by his death or otherwise, be as valid and effectual as if the donor were alive and of full capacity, and had himself done the act or executed the instrument, unless the person had actual notice that the power had never come into operation or of the revocation of the power before such act was done or instrument executed. (7) For the purpose of executing or exercising the trusts or powers delegated to him, the donee may exercise any of the powers conferred on the donor as trustee by law or by the instrument creating the trust, including power, for the purpose of the transfer of any inscribed stock, himself to delegate to an attorney power to transfer but not including the power of delegation conferred by this section. (8) The fact that it appears from any power of attorney given under this section, or from any evidence required for the purposes of any such power of attorney or otherwise, that in dealing with any stock the donee of the power is acting in the execution of a trust shall not be deemed for any purpose to affect any person in whose books the stock is inscribed or registered with any notice of the trust. (9) No power of attorney shall be operative for the purposes of this section for a longer period than three years after the date of execution. Indemnities

Malay text (authoritative)

Kuasa mewakilkan amanah semasa berada di luar negeri

(1) Seseorang pemegang amanah yang bercadang hendak tinggal di luar Malaysia selama suatu tempoh yang melebihi empat belas hari boleh, walau apa pun kaedah undang-undang atau ekuiti yang berlawanan, dengan surat kuasa wakil, mewakilkan kepada manamana orang (termasuk sesuatu perbadanan amanah) pelaksanaan atau perjalanan, semasa dia tiada dalam Malaysia, kesemua atau manamana amanah, kuasa atau budi bicara yang terletak hak padanya sebagai pemegang amanah sedemikian, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain: Dengan syarat bahawa jika orang itu adalah pemegang amanah bersama yang tunggal dan bukannya suatu perbadanan amanah, orang itu tidak boleh dilantik sebagai wakil di bawah subseksyen ini. (2) Seseorang pemberi surat kuasa wakil yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungan terhadap perbuatan atau keingkaran penerima kuasa itu sama caranya seolah-olah perbuatan atau keingkaran itu adalah perbuatan atau keingkaran pemberi tersebut. (3) Surat kuasa wakil itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga pemberinya berada di luar Malaysia dan akan terbatal dengan kepulangan atau kemasukkannya ke dalam Malaysia. (4) Surat kuasa wakil itu hendaklah ditentusahkan dengan penyaksian mengikut cara yang dikehendaki oleh Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424], dan salinan sahih atau salinan pejabatnya hendaklah didepositkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi sebagaimana dikehendaki oleh Akta itu, bersama dengan suatu akuan berkanun oleh pemberi itu bahawa dia bercadang hendak tinggal di luar Malaysia selama tempoh melebihi empat belas hari dari tarikh akuan itu, atau dari sesuatu tarikh yang disebutkan di dalamnya. (5) Akuan berkanun yang tersebut dahulu dan akuan berkanun oleh penerima kuasa wakil itu yang menyatakan bahawa kuasa itu telah mula berkuat kuasa dan masih belum dibatalkan dengan kepulangan atau kemasukan pemberi kuasa itu ke dalam Malaysia hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang dinyatakan itu bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan penerima itu. (6) Bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan penerima itu, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau surat cara yang disempurnakan oleh penerima itu hendaklah, walaupun kuasa itu tidak pernah berkuat kuasa atau telah terbatal kerana perbuatan pemberi itu atau dengan kematiannya atau selainnya, adalah sama sah dan kuat kuasa seolah-olah pemberi itu masih hidup dan berkeupayaan penuh, dan telah melakukan perbuatan atau menyempurnakan surat cara itu sendiri, melainkan jika orang itu betul-betul mengetahui bahawa kuasa itu tidak pernah berjalan kuat kuasanya atau mengenai pembatalan kuasa itu sebelum perbuatan itu dilakukan atau surat cara itu disempurnakan. (7) Bagi maksud melaksanakan atau menjalankan amanah atau kuasa yang diwakilkan kepadanya, penerima itu boleh menjalankan apa-apa kuasa yang diberi kepada pemberi itu selaku pemegang amanah oleh undang-undang atau oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, termasuk kuasa, bagi maksud memindahkan sesuatu stok tercatat, baginya mewakilkan kepada seseorang wakil kuasa untuk memindahkan tetapi tidaklah termasuk mewakilkan kuasa perwakilan yang diberi oleh seksyen ini. (8) Pada hakikatnya jika didapati daripada mana-mana surat kuasa wakil yang diberi di bawah seksyen ini, atau daripada mana-mana keterangan yang dikehendaki bagi maksud mana-mana surat kuasa wakil sedemikian atau selainnya, bahawa dalam membuat urusan dengan mana-mana stok penerima kuasa itu bertindak dalam melaksanakan sesuatu amanah tidak boleh disifatkan bagi apa jua maksud sebagai menjejaskan mana-mana orang, yang di dalam bukunya stok itu tercatat atau terdaftar, yang mengetahui tentang amanah itu. (9) Tiada apa-apa surat kuasa wakil boleh berkuat kuasa bagi maksud seksyen ini selama tempoh yang lebih lama daripada tiga tahun dari tarikh ia dilaksanakan. Indemniti

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next