My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 36

Trustee Act 1949 s 36

s 36 Power to apply income for maintenance and to accumulate surplus income during a minority

(1) Where any property is held by trustees in trust for any person for any interest whatsoever, whether vested or contingent, then, subject to any prior interests or charges affecting that propertyβ€” (a) during the minority of any such person, if his interests so long continues, the trustees may, at their sole discretion, pay to his parent or guardian, if any, or otherwise apply for or towards his maintenance, education or benefit, the whole or such part, if any, of the income of that property as may, in all the circumstances, be reasonable, whether or not there isβ€” (i) any other fund applicable to the same purpose; or (ii) any person bound by law to provide for his maintenance or education; and (b) if such person on attaining the age of twenty-one years has not a vested interest in such income, the trustees shall thenceforth pay the income of that property and of any accretion thereto under subsection (2) to him, until he either attains a vested interest therein or dies, or until failure of his interest: Provided that, in deciding whether the whole or any part of the income of the property is during a minority to be paid or applied for the purposes aforesaid, the trustees shall have regard to the age of the minor and his requirements and generally to the circumstances of the case, and in particular to what other income, if any, is applicable for the same purposes; and where trustees have notice that the income of more than one fund is applicable for those purposes, then, so far as practicable, unless the entire income of the funds is paid or applied as aforesaid or the Court otherwise directs, a proportionate part only of the income of each fund shall be so paid or applied. (2) During the minority of any such person, if his interest so long continues, the trustees shall accumulate all the residue of that income in the way of compound interest by investing the same and the resulting income from time to time in authorized investments, and shall hold those accumulations as follows: (a) if any such personβ€” (i) attains the age of twenty-one years, or marries under that age, and his interest in such income during his minority or until his marriage is a vested interest; or (ii) on attaining the age of twenty-one years or on marriage under that age becomes entitled to the property from which the income arose; the trustees shall hold the accumulations in trust for the person absolutely, and so that the receipt of such person after marriage, and though still a minor, shall be a good discharge; and (b) in any other case the trustees shall, notwithstanding that the person had a vested interest in such income, hold the accumulations as an accretion to the capital of the property from which such accumulations arose, and as one fund with such capital for all purposes, but the trustees may, at any time during the minority of such person if his interest so long continues, apply those accumulations, or any part thereof, as if they were income arising in the then current year. (3) This section applies in the case of a contingent interest only if the limitation or trust carries the intermediate income of the property, but it applies to a future or contingent legacy by the parent of, or a person standing in loco parentis to, the legatee, if and for such period as, under the general law, the legacy carries interest for the maintenance of the legatee, and in any such case as last aforesaid the rate of interest shall (if the income available is sufficient, and subject to any rules of court to the contrary) be five ringgit per centum per annum. (4) This section applies to a vested annuity in like manner as if the annuity were the income of property held by trustees in trust to pay the income thereof to the annuitant for the same period for which the annuity is payable, save that in any case accumulations made during the minority of the annuitant shall be held in trust for the annuitant or his personal representatives absolutely.

Malay text (authoritative)

Kuasa menggunakan pendapatan untuk nafkah dan mengumpulkan pendapatan lebihan dalam masa belum dewasa

(1) Jika apa-apa harta dipegang oleh pemegang-pemegang amanah sebagai amanah untuk mana-mana orang bagi apa-apa jua kepentingan, sama ada terletak hak atau kontingen, maka, tertakluk kepada apa-apa kepentingan atau gadaian terdahulu yang melibatkan harta ituβ€” (a) dalam masa seseorang sedemikian masih belum dewasa, jika kepentingannya masih berterusan, pemegangpemegang amanah itu boleh, menurut budi bicara mereka semata-mata, membayar kepada ibu bapa atau penjaganya, jika ada, atau selainnya menggunakan bagi atau untuk nafkah, pelajaran atau faedahnya, kesemua atau apa-apa bahagian, jika ada, pendapatan daripada harta itu sebagaimana berpatutan dalam semua hal keadaan, sama ada atau tidak terdapatβ€” (i) apa-apa wang lain yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; atau (ii) mana-mana orang yang terikat di sisi undangundang untuk mengadakan wang bagi nafkah atau pelajarannya; dan (b) jika apabila mencapai umur dua puluh satu tahun orang itu masih tidak mempunyai sesuatu kepentingan terletak hak pada pendapatan itu, pemegang-pemegang amanah tersebut hendaklah, mulai dari masa itu, membayar pendapatan daripada harta itu dan apa-apa tambahan nilai kepadanya di bawah subseksyen (2) kepada orang itu, sehingga sama ada dia memperoleh sesuatu kepentingan terletak hak pada harta itu atau mati atau hingga dia tidak ada kepentingan lagi: Dengan syarat bahawa, dalam menentukan sama ada kesemua atau mana-mana bahagian pendapatan daripada harta itu akan dibayar atau digunakan dalam masa belum dewasa bagi maksud tersebut dahulu, pemegang-pemegang amanah hendaklah memberi perhatian terhadap umur orang belum dewasa itu serta keperluannya dan pada amnya terhadap hal keadaan kes itu, dan khususnya terhadap apa-apa pendapatan lain, jika ada, yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; dan jika pemegang-pemegang amanah mengetahui bahawa pendapatan lebih daripada satu kumpulan wang boleh digunakan bagi maksud itu, maka, setakat yang praktik, melainkan jika keseluruhan pendapatan kumpulan wang itu dibayar atau digunakan sebagaimana tersebut dahulu atau diarahkan selainnya oleh Mahkamah, hanya bahagian yang sekadar daripada tiap-tiap kumpulan wang itu boleh dibayar atau digunakan sedemikian. (2) Dalam masa seseorang itu masih belum dewasa, jika kepentingannya masih berterusan, pemegang-pemegang amanah hendaklah mengumpulkan segala baki pendapatan itu yang berupa bunga kompaun dengan melaburkannya dan pendapatan berbangkit berikutnya dari semasa ke semasa di dalam pelaburan yang dibenarkan, dan hendaklah memegang pengumpulan tersebut seperti yang berikut: (a) jika mana-mana orang sedemikianβ€” (i) mencapai umur dua puluh satu tahun, atau berkahwin di bawah umur itu, dan kepentingannya pada pendapatan itu dalam masa dia belum dewasa atau hingga perkahwinannya adalah suatu kepentingan terletak hak; atau (ii) apabila mencapai umur dua puluh satu tahun atau apabila berkahwin di bawah umur tersebut, berhak mendapat harta yang daripadanya pendapatan itu diperoleh; pemegang-pemegang amanah itu hendaklah memegang pengumpulan itu secara amanah bagi orang itu dengan mutlaknya, dan supaya penerimaan oleh orang itu selepas perkahwinan, dan walaupun masih belum dewasa, akan menjadi pelepasan yang sah; dan (b) dalam mana-mana hal lain pemegang-pemegang amanah itu hendaklah, walaupun orang itu mempunyai kepentingan terletak hak pada pendapatan itu, memegang pengumpulan itu sebagai tambahan nilai kepada modal harta yang daripadanya pengumpulan itu diperoleh, dan dipegang sebagai satu kumpulan wang bersesama modal itu bagi semua maksud, tetapi pemegang-pemegang amanah boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh orang itu masih belum dewasa dan jika kepentingannya masih berterusan, menggunakan pengumpulan itu, atau mana-mana bahagiannya, seolah-olah pengumpulan itu adalah pendapatan yang diperoleh dalam tahun semasa. (3) Seksyen ini terpakai bagi sesuatu kepentingan kontingen hanya jika had masa atau amanah itu menghasilkan pendapatan perantaraan pada harta itu, tetapi ianya terpakai bagi sesuatu legasi masa depan atau kontingen oleh ibu bapa, atau orang yang mempunyai kedudukan loco parentis kepada, penerima legasi itu, jika dan selama sesuatu tempoh yang, di bawah undang-undang am, legasi itu menghasilkan bunga bagi nafkah penerima legasi itu, dan dalam mana-mana hal yang kemudian tersebut itu kadar bunga itu adalah (jika pendapatan yang ada mencukupi, dan tertakluk kepada apa-apa kaedah mahkamah yang berlawanan) lima ringgit bagi tiap-tiap seratus ringgit dalam setahun. (4) Seksyen ini terpakai bagi sesuatu anuiti itu adalah pendapatan daripada harta yang dipegang oleh pemegang-pemegang amanah secara amanah untuk membayar pendapatan daripadanya kepada pemegang anuiti itu selama tempoh yang sama dengan tempoh anuiti itu kena dibayar, kecuali dalam mana-mana hal pengumpulan yang dibuat dalam masa pemegang anuiti itu belum dewasa hendaklah dipegang secara amanah bagi pemegang anuiti itu atau wakil dirinya secara mutlak.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part III β†’

Find Act 208 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next