Trustees may at any time or times pay or apply any capital money subject to a trust, for the advancement or benefit in such manner as they may, in their absolute discretion, think fit, of any person entitled to the capital of the trust property or of any share thereof, whether absolutely or contingently on his attaining any specified age or on the occurrence of any other event, or subject to a gift over on his death under any specified age or on the occurrence of any other event, and whether in possession or in remainder or reversion, and such payment or application may be made notwithstanding that the interest of such person is liable to be defeated by the exercise of a power of appointment or revocation, or to be diminished by the increase of the class to which he belongs:
Provided that—
(a) the money so paid or applied for the advancement or benefit of any person shall not, subject to any contrary intention in the instrument of trust, exceed the sum of ten thousand ringgit or in the aggregate an amount equivalent to one half of the presumptive or vested share or interest of that person in the trust property, whichever is the greater;
(b) if that person is or becomes absolutely and indefeasibly entitled to a share in the trust property the money so paid or applied shall be brought into account as part of the share; and
(c) no such payment or application shall be made so as to prejudice any person entitled to any prior life or other interest, whether vested or contingent, in the money paid or applied unless the person is in existence and of full age and consents in writing to such payment or application.
Malay text (authoritative)
Kuasa pendahuluan
Pemegang-pemegang amanah boleh pada bila-bila masa membayar atau menggunakan apa-apa wang modal yang tertakluk kepada sesuatu amanah, dengan apa-apa cara yang, mengikut budi bicara mutlak mereka, fikirkan patut bagi pendahuluan atau faedah mana-mana orang yang berhak mendapat modal harta amanah itu atau mana-mana bahagiannya, sama ada secara mutlak atau kontingen, apabila dia mencapai sesuatu umur tertentu atau apabila berlakunya apa-apa kejadian lain, atau yang tertakluk kepada sesuatu pemberian yang beralih atas kematiannya di bawah sesuatu umur tertentu atau apabila berlakunya apa-apa kejadian lain, dan sama ada yang ada dalam milik atau pada baki atau perkembalian, dan bayaran atau penggunaan sedemikian boleh dibuat walaupun kepentingan orang itu boleh dikecewakan dengan penjalanan kuasa pelantikan atau pembatalan, atau dikurangkan dengan bertambahnya bilangan orang dalam kumpulannya:
Dengan syarat bahawa—
(a) wang yang dibayar atau digunakan bagi pendahuluan atau faedah mana-mana orang itu tidak boleh, tertakluk kepada apa-apa tujuan yang berlawanan dalam surat cara amanah itu, melebihi sepuluh ribu ringgit atau pada agregatnya amaun yang senilai dengan setengah daripada bahagian atau kepentingan orang itu yang dianggapkan atau terletak hak pada harta amanah itu, mengikut mana yang lebih besar;
(b) jika orang itu berhak atau menjadi berhak dengan mutlaknya dan tidak boleh disangkal untuk mendapat sesuatu bahagian daripada harta amanah itu, wang yang dibayar atau digunakan demikian itu hendaklah dimasuk kira sebagai sebahagian daripada bahagian itu; dan
(c) tiada apa-apa bayaran atau penggunaan sedemikian boleh dibuat jika ia menjejaskan mana-mana orang yang berhak mendapat sesuatu kepentingan seumur hidup atau kepentingan lain yang terdahulu, sama ada yang terletak
hak atau kontingen, pada wang yang dibayar atau digunakan itu, melainkan jika orang itu masih hidup dan cukup umur dan memberi persetujuan secara bertulis terhadap bayaran atau penggunaan itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).