My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 41

Trustee Act 1949 s 41

s 41 Supplemental provisions as to appointment of trustees

(1) On the appointment of a trustee for the whole or any part of trust property— (a) the number of trustees may, subject to the restrictions imposed by this Act on the number of trustees, be increased; (b) a separate set of trustees, not exceeding four, may be appointed for any part of the trust property held on trusts distinct from those relating to any other part or parts of the trust property, notwithstanding that no new trustees or trustee are or is to be appointed for other parts of the trust property, and any existing trustee may be appointed or remain one or such separate set of trustees, or if only one trustee was originally appointed, then, save as hereinafter provided, one separate trustee may be appointed; (c) it shall not be obligatory, save as hereinafter provided, to appoint more than one new trustee where only one trustee was originally appointed, or to fill up the original number of trustees where more than two trustees were originally appointed, but, except where only one trustee was originally appointed, and a sole trustee when appointed will be able to give valid receipts for all capital money, a trustee shall not be discharged from his trust unless there will be either a trust corporation or at least two individuals to act as trustees to perform the trust; and (d) any assurance or thing requisite for vesting the trust property, on any part, in a sole trustee, or jointly in the persons who are the trustees, shall be executed or done. (2) Nothing in this Act shall authorize the appointment of a sole trustee, not being a trust corporation, where the trustee, when appointed, would not be able to give valid receipts for all capital money arising under the trust.

Malay text (authoritative)

Peruntukan tambahan mengenai perlantikan pemegang amanah

(1) Mengenai pelantikan pemegang amanah bagi ke semua atau mana-mana bahagian harta amanah─ (a) bilangan pemegang amanah itu boleh, tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Akta ini ke atas bilangan pemegang amanah, ditambah; (b) suatu kumpulan pemegang amanah yang berasingan, tidak melebihi empat orang, boleh dilantik bagi mana-mana bahagian harta amanah itu yang dipegang atas amanah, berlainan daripada pemegang amanah yang berhubungan dengan mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian lain harta amanah itu, walaupun tidak ada pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah baharu dilantik atau akan dilantik bagi bahagian-bahagian lain harta amanah itu, dan manamana pemegang amanah yang ada boleh dilantik atau terus kekal sebagai seorang daripada pemegang amanah bagi kumpulan pemegang amanah yang berasingan itu, atau jika hanya seorang pemegang amanah sahaja dilantik pada asalnya, maka, kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, seorang pemegang amanah berasingan boleh dilantik; (c) kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, adalah tidak wajib untuk melantik lebih daripada seorang pemegang amanah jika hanya seorang pemegang amanah sahaja telah dilantik pada asalnya, atau untuk memenuhi bilangan asal pemegang amanah itu jika lebih daripada dua orang pemegang amanah telah dilantik pada asalnya, tetapi, jika hanya seorang pemegang amanah sahaja telah dilantik pada asalnya, dan apabila dilantik pemegang amanah tunggal itu boleh memberi resit yang sah bagi kesemua wang modal, seseorang pemegang amanah tidak boleh dilepaskan daripada amanahnya melainkan jika terdapat suatu perbadanan amanah atau sekurang-kurangnya dua orang perseorangan untuk bertindak sebagai pemegang amanah bagi melaksanakan amanah itu; dan (d) apa-apa ansurans atau perkara yang dikehendaki bagi meletak hak harta amanah itu, atau mana-mana bahagiannya, pada seseorang pemegang amanah tunggal, atau bersesama pada orang-orang yang menjadi pemegang-pemegang amanahnya, hendaklah disempurnakan dan dilakukan. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan pelantikan seseorang pemegang amanah tunggal, yang bukannya suatu perbadanan amanah, jika pemegang amanah itu, apabila dilantik, tidak dapat memberi resit yang sah bagi kesemua wang modal yang diperoleh di bawah amanah itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next