My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 55

Trustee Act 1949 s 55

s 55 Vesting orders as to stock and thing in action

(1) In any of the following cases, namely— (a) where the Court appoints or has appointed a trustee, or where a trustee has been appointed out of Court under any statutory or express power; (b) where a trustee entitled alone or jointly with another person to stock or to a thing in action— (i) is under disability; (ii) is out of the jurisdiction of the Court; (iii) cannot be found, or being a corporation has been dissolved; (iv) neglects or refuses to transfer stock or receive the dividends or income thereof, or to sue for or recover a thing in action, according to the direction of the person absolutely entitled thereto for twenty-eight days next after a request in writing has been made to him by the person so entitled; or (v) neglects or refuses to transfer stock or receive the dividends or income thereto, or to sue for or recover a thing in action for twenty-eight days next after an order of the Court for that purpose has been served on him; (c) where it is uncertain whether a trustee entitled alone or jointly with another person to stock or to a thing in action is alive or dead; (d) where stock is standing in the name of a deceased person whose personal representative is under disability; or (e) where stock or a thing in action is vested in a trustee, whether by way of charge or otherwise, and it appears to the Court to be expedient; the Court may make an order vesting the right to transfer or call for a transfer of stock, or to receive the dividends or income thereof, or to sue for or recover the thing in action, in any such person as the Court may appoint: Provided that— (A) where the order is consequential on the appointment of a trustee, the right shall be vested in the persons who, on the appointment, are the trustees; and (B) where the person whose right is dealt with by the order was entitled jointly with another person, the right shall be vested in that last-mentioned person either alone or jointly with any other person whom the Court may appoint. (2) In all cases where a vesting order can be made under this section, the Court may, if it is more convenient, appoint some proper person to make or join in making the transfer: Provided that the person appointed to make or join in making a transfer of stock shall be some proper officer of the company whose stock is to be transferred. (3) The person in whom the right to transfer or call for the transfer of any stock is vested by an order of the Court under this Act, may transfer the stock to himself or any other person, according to the order, and all companies shall obey every order under this section according to its tenor. (4) After notice in writing of an order under this section it shall not be lawful for any company to transfer any stock to which the order relates or to pay any dividends thereon except in accordance with the order. (5) The Court may make declarations and give directions concerning the manner in which the right to transfer any stock or thing in action vested under this Act is to be exercised. (6) The provisions of this Act as to vesting orders shall apply to shares in ships registered under any written law relating to merchant shipping as if they were stock.

Malay text (authoritative)

Perintah meletak hak mengenai stok dan benda dalam tindakan

(1) Dalam mana-mana hal berikut, iaitu─ (a) jika Mahkamah melantik atau telah melantik seorang pemegang amanah, atau jika seorang pemegang amanah telah dilantik di luar Mahkamah di bawah mana-mana kuasa berkanun atau kuasa nyata; (b) jika seorang pemegang amanah yang berhak berseorang atau bersesama dengan seorang lain untuk mendapat stok atau benda dalam tindakan─ (i) telah hilang upaya; (ii) berada di luar bidang kuasa Mahkamah; (iii) tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan; (iv) abai atau enggan memindahkan stok atau menerima dividen atau pendapatannya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan, mengikut arahan orang yang berhak secara mutlak mendapatnya, dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas suatu permintaan secara bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang berhak demikian; atau (v) abai atau enggan memindahkan stok atau menerima dividen atau pendapatan daripadanya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas suatu perintah Mahkamah bagi maksud itu disampaikan kepadanya; (c) jika tidak dapat ditentukan sama ada seseorang pemegang amanah yang berhak berseorangan atau bersesama dengan seorang lain mendapatkan stok atau benda dalam tindakan itu masih hidup atau telah mati; (d) jika stok itu adalah atas nama orang yang telah mati yang wakil dirinya telah hilang upaya; atau (e) jika stok atau benda dalam tindakan itu terletak hak pada seorang pemegang amanah, sama ada dengan cara gadaian atau selainnya, dan pada hemat Mahkamah adalah suai manfaat, Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletakhakkan hak untuk memindah atau meminta dipindahkan stok, atau menerima dividen atau pendapatannya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik benda dalam tindakan itu, pada mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah: Dengan syarat bahawa─ (A) jika perintah itu berbangkit daripada pelantikan seseorang pemegang amanah, hak itu hendaklah terletak hak pada orang-orang yang, apabila dilantik, menjadi pemegang-pemegang amanah itu; dan (B) jika orang yang haknya diuruskan oleh perintah itu berhak bersesama dengan seseorang lain, hak itu hendaklah diletak hak kepada orang yang terkemudian disebut itu sama ada berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain yang akan dilantik oleh Mahkamah. (2) Dalam semua hal yang sesuatu perintah meletak hak boleh dibuat di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh, jika didapati lebih mudah, melantik beberapa orang yang berkenaan untuk melakukan atau turut serta melakukan pemindahan itu: Dengan syarat bahawa orang yang dilantik untuk melakukan atau turut serta melakukan pemindahan sesuatu stok hendaklah terdiri daripada beberapa orang pegawai yang berkenaan daripada syarikat yang stoknya hendak dipindahkan. (3) Orang yang kepadanya diberi, melalui suatu perintah Mahkamah, hak untuk memindahkan atau meminta dipindahkan apaapa stok, boleh memindahkan stok itu kepada dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, menurut perintah itu, dan kesemua syarikat hendaklah mematuhi tiap-tiap perintah di bawah seksyen ini mengikut maksudnya. (4) Setelah diberi notis secara bertulis mengenai sesuatu perintah di bawah seksyen ini adalah tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana syarikat memindahkan apa-apa stok yang dimaksudkan oleh perintah itu atau membayar apa-apa dividen ke atasnya kecuali mengikut perintah itu. (5) Mahkamah boleh membuat penetapan dan memberi arahan tentang cara bagaimana hak memindahkan apa-apa stok atau benda dalam tindakan yang terletak hak di bawah seksyen ini hendak dijalankan. (6) Peruntukan seksyen ini mengenai perintah meletak hak hendaklah terpakai bagi syer pada kapal yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkapalan saudagar seolah-olah syer itu adalah stok.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next