s 58 Orders made upon certain allegations to be conclusive evidence
Where a vesting order is made as to any land under this Act founded on an allegation of any of the following matters, namely—
(a) the personal incapacity of a trustee or chargee;
(b) that a trustee or chargee or the personal representative of or other person deriving title under a trustee or chargee is out of the jurisdiction of the Court or cannot be found, or being a corporation has been dissolved;
(c) that it is uncertain which of two or more trustees, or which of two or more persons interested in a charge, was the survivor;
(d) that it is uncertain whether the last trustee or the personal representative of or other person deriving title under a trustee or chargee, or the last surviving person interested in a charge, is living or dead; or
(e) that any trustee or chargee has died intestate without leaving a person beneficially interested under the intestacy or has died and it is not known who is his personal representative or the person interested,
the fact that the order has been so made shall be conclusive evidence of the matter so alleged in any Court upon any question as to the validity of the order; but this section does not prevent the Court from directing a reconveyance or surrender or the payment of costs occasioned by any such order if improperly obtained.
Jurisdiction to make other Order
Malay text (authoritative)
Perintah yang dibuat atas pengataan tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad
Jika sesuatu perintah meletak hak dibuat mengenai mana-mana tanah di bawah Akta ini berasaskan kepada pengataan mana-mana perkara berikut, iaitu─
(a) ketidakupayaan diri seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian;
(b) bahawa seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian atau wakil diri orang yang mendapat hakmilik atau orang lain yang mendapat hakmilik di bawah seorang pemegang amanah atau pemegang gadaian berada di luar bidang kuasa Mahkamah itu atau tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan telah dibubarkan;
(c) bahawa tidak dapat ditentukan siapa di antara dua atau beberapa orang pemegang amanah, atau siapa di antara dua atau beberapa orang yang ada kepentingan pada sesuatu gadaian itu, adalah penakat;
(d) bahawa tidak dapat ditentukan sama ada pemegang amanah atau wakil diri terakhir bagi orang yang memperoleh hakmilik atau orang lain yang memperoleh
hakmilik di bawah seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian, atau orang terakhir yang masih hidup yang ada kepentingan pada gadaian, masih hidup atau telah mati; atau
(e) bahawa seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian telah mati tanpa wasiat dengan tidak meninggalkan seseorang yang mempunyai kepentingan secara benefisial pada harta si mati tak berwasiat itu atau pemegang amanah atau pemegang gadaian itu telah mati dan tidak diketahui siapa yang menjadi wakil diri atau orang yang ada kepentingan itu,
fakta bahawa perintah itu telah dibuat demikian hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang dikatakan itu dalam mana-mana Mahkamah mengenai apa-apa soal tentang keesahan perintah itu; tetapi seksyen ini tidak menghalang Mahkamah daripada mengarahkan sesuatu pemindahhakkan semula atau penyerahan atau pembayaran kos yang disebabkan oleh sesuatu perintah sedemikian jika perintah itu didapatkan dengan tidak sepatutnya.
Bidang kuasa membuat Perintah lain
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).