My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 59

Trustee Act 1949 s 59

s 59 Power of Court to authorize dealings with trust property

(1) Where in the management or administration of any property vested in trustees, any sale, lease, charge, surrender, release, or other disposition, or any purchase, investment, acquisition, expenditure, or other transaction, is in the opinion of the Court expedient, but the same cannot be effected by reason of the absence of any power for that purpose vested in the trustees by the trust instrument, if any, or by law, the Court may by order confer upon the trustees, either generally or in any particular instance, the necessary power for the purpose, on such terms, and subject to such provisions and conditions, if any, as the Court may think fit and may direct in what manner any money authorized to be expended, and the cost of any transaction, are to be paid or borne as between capital and income. (2) In amplification and not in derogation of the generality of the foregoing powers the Court may by order under subsection (1)— (a) authorize the trustees to make any investments in or upon titles to immovable property which are not authorized by paragraph 4(1)(c); (b) authorize any trustees who are chargees of land to buy in any such land at any auction of such land held under an order of Court or in exercise of a power of sale vested in the trustees; (c) authorize the trustees to raise any funds for the improvement of lands or houses which are vested in or belong to the trust; or (d) authorize the doing by the trustees of any act which appears to the Court to be beneficial to the trust estate or to the beneficiaries. (3) The Court may, from time to time, rescind or vary any order under this section, or may make any new or further order. (4) An application to the Court under this section may be made by the trustees, or by any of them, or by any person beneficially interested under the trust.

Malay text (authoritative)

Kuasa Mahkamah membenarkan urusan mengenai harta amanah

(1) Jika dalam mengurus dan mentadbirkan mana-mana harta yang terletak hak pada pemegang amanah, apa-apa jualan, pajakan, gadaian, penyerahan, pelepasan atau pelupusan lain, atau apa-apa pembelian, pelaburan, pemerolehan, perbelanjaan, atau transaksi lain, adalah pada pendapat Mahkamah suai manfaat, tetapi yang demikian itu tidak dapat dikuatkuasakan oleh sebab tidak ada apa-apa kuasa bagi maksud itu diberi kepada pemegang amanah oleh surat cara amanah itu, jika ada, atau oleh undang-undang, Mahkamah boleh dengan perintah memberi kepada pemegang amanah, sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu, kuasa yang diperlukan bagi maksud itu, mengikut apa-apa terma, dan tertakluk kepada apa-apa peruntukan dan syarat, jika ada, sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah dan boleh mengarahkan cara bagaimana apa-apa wang yang dibenar untuk dibelanjakan, dan kos sesuatu transaksi itu, akan dibayar atau ditanggung antara modal dan pendapatan. (2) Bagi memperluaskan dan bukan mengurangkan kuasa yang tersebut di atas Mahkamah boleh dengan perintah di bawah subseksyen (1)─ (a) memberi kuasa kepada pemegang amanah untuk membuat pelaburan dalam atau atas hakmilik harta tak alih yang tidak dibenarkan oleh perenggan 4(1)(c); (b) memberi kuasa kepada mana-mana pemegang amanah yang menjadi pemegang gadaian tanah membeli manamana tanah itu di mana-mana lelongan tanah sedemikian yang diadakan mengikut perintah Mahkamah atau pada menjalankan kuasa menjual yang terletak hak pada pemegang amanah itu; (c) memberi kuasa kepada pemegang amanah untuk mendapatkan apa-apa wang bagi memperbaiki tanah atau rumah yang terletak hak pada atau dipunyai oleh amanah itu; atau (d) memberi kuasa kepada pemegang amanah melakukan apaapa perbuatan yang pada hemat Mahkamah berfaedah kepada harta amanah itu atau kepada benefisiari. (3) Mahkamah boleh, dari semasa ke semasa membatalkan atau mengubah apa-apa perintah di bawah seksyen ini, atau boleh membuat apa-apa perintah baharu atau perintah tambahan. (4) Sesuatu permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh pemegang-pemegang amanah, atau oleh salah seorang daripada mereka, atau oleh mana-mana orang yang ada kepentingan benefisial di bawah amanah itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next