(1) Where an officer to whom a pension has been granted under this Act or under any written law is reappointed as a permanent officer in the public service, the Yang di-Pertuan Agong may suspend the pension during the period of his reappointment as a permanent officer.
(2) Subject to subsection (1), where an officer has retired under subparagraph 11(a)(i) or 11(b)(i) and within the period of five years thereof involves himself in any activity which may be in
conflict with the purpose of his retirement, the Yang di-Pertuan Agong may suspend his pension until he reaches the age of fiftysix or completes a period of five years retirement, whichever is the earlier.
(2A) Where an officer referred to in subsection (2) who was reappointed before 1 October 2001 and had been given an option before such date had not opted for the compulsory age of retirement of fifty-six years, subsection (2) shall apply to him with the word ‘fifty-five’ being substituted for the word ‘fifty-six’.
(3) In respect of retirement under subparagraph 11(b)(i), subsection
(2) shall apply only to officers appointed to the public service after the commencement of this subsection.
Malay text (authoritative)
Penggantungan pencen
(1) Jika seseorang pegawai yang diberikan pencen di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap dalam perkhidmatan awam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencen itu sepanjang tempoh ia dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), jika seseorang pegawai telah bersara di bawah subperenggan 11(a)(i) dan 11(b)(i) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan ia disarakan, Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencennya sehingga ia mencapai umur enam puluh tahun atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal.
(2A) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Berkenaan dengan persaraan di bawah subperenggan 11(b)(i), subseksyen (2) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).