(1) On the occurrence of any public emergency or in the interest of public safety, the Prime Minister or any officer specially authorized by him in that behalf may—
(a) take temporary possession of any port service or facility established, maintained or worked by any person licensed under this Act; or
(b) withdraw either partially or totally the use of any port service or facility from any person or class of persons or from the public at large.
(2) If any doubt arises as to the existence of a public emergency or whether any act done under subsection (1) was in the interest of public safety, a certificate signed by the Prime Minister and exhibited
at such places as the Minister deems fit shall be conclusive proof on the point.
(3) Where the Government takes possession of any port service or facility under paragraph (1)(a), adequate compensation shall be paid.
Malay text (authoritative)
Kuasa khas semasa darurat
(1) Dalam hal berlakunya apa-apa darurat awam atau bagi kepentingan menjaga keselamatan awam, Perdana Menteri atau manamana pegawai yang diberi kuasa dengan khasnya oleh Perdana Menteri untuk tujuan tersebut boleh−
(a) mengambil milikan sementara ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan yang ditubuhkan, disenggarakan atau dikerjakan oleh mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta ini; atau
(b) menarik balik sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan daripada mana-mana orang atau kumpulan orang atau daripada orang ramai.
(2) Jika apa-apa keraguan timbul ke atas kewujudan darurat awam atau sama ada apa-apa perbuatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah bagi kepentingan keselamatan awam, sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan dipamerkan di tempat tertentu yang pada pendapat Menteri adalah sesuai hendaklah menjadi bukti muktamad ke atas perkara tersebut.
(3) Jika Kerajaan mengambil milikan ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan di bawah subseksyen (1)(a) pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar.
Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).