Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 14 No person having interest to be appointed as member, officer or servant of the Perbadanan
(1) No person shall be appointed as a member, an officer or a servant of the Perbadanan or as a member of a committee thereof if he has any interest, directly or indirectly, in—
(a) any person, body, corporation or company carrying on or engaged in, or about to carry on or engage in, any of the activities or any combination thereof referred to in section 21; or
(b) any person, body, corporation or company with which the Perbadanan proposes to enter into a contract or has entered into a subsisting contract.
(2) Notwithstanding paragraph (1)(b), such person may be appointed as a member, an officer or a servant of the Perbadanan or as a member of a committee thereof if he has an interest, directly or indirectly, as a shareholder only of a company referred to in that subsection and provided that the holding of the shares in that company does not result in any controlling interest, directly or indirectly.
(3) Prior to his being appointed as a member, an officer or servant of the Perbadanan or as a member of a committee thereof, every person shall disclose fully, in the case of a person who is to be appointed as a member of the Perbadanan, to the Minister, and, in the case of a person who is to be appointed as a member of a committee or as an officer or a servant of the Perbadanan, to the Perbadanan, whether he has any such interest as is referred to in subsection (1).
(4) Where such member, officer or servant acquires any such interest after the coming into operation of this Act, he shall cease to be such member, officer or servant of the Perbadanan or a
committee thereof, as the case may be, and his appointment shall be deemed to be revoked forthwith:
Provided that this subsection shall not apply where the member, officer or servant inherits or is bequeathed with such interest and he relinquishes or disposes of such interest within a period of three months of its being bequeathed and vesting in him and within that period reports in writing, in the case of a member of the Perbadanan, to the Minister and, in the case of a member of a committee or an officer or a servant, to the Perbadanan, the fact of such relinquishment or disposal.
(5) For the purposes of this section, “indirect interest” shall include the having or acquiring of any such interest as is referred to in this section by a spouse or a natural or an adopted child (below twenty-one years of age) of a person or a member, an officer or a servant of the Perbadanan or a member of a committee thereof, as the case may be.
(6) Any person who contravenes any of the provisions of this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Tiada seseorang yang ada mempunyai kepentingan boleh dilantik sebagai ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan
(1) Tiada seseorang boleh dilantik sebagai seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau sebagai ahli jawatankuasa Perbadanan jika ia ada mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau secara tak langsung, dalam−
(a) mana-mana orang, badan, perbadanan atau syarikat yang menjalankan atau mengambil bahagian dalam, atau yang berkira-kira untuk menjalankan atau mengambil bahagian dalam, mana-mana aktiviti atau apa-apa gabungannya yang tersebut dalam seksyen 21; atau
(b) mana-mana orang, badan, perbadanan atau syarikat yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau yang telah membuat kontrak yang ada sekarang.
(2) Walau apapun peruntukan subseksyen (1)(b), orang seperti itu boleh dilantik sebagai seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau sebagai seorang ahli jawatankuasa Perbadanan jika ia mempunyai kepentingan sebagai seorang pemegang syer secara langsung atau secara tidak langsung, hanya bagi syarikat yang
tersebut dalam subseksyen itu dan dengan syarat bahawa pemegangan syer tersebut dalam syarikat itu tidak memberikannya kepentingan menguasai syarikat itu secara langsung atau secara tidak langsung.
(3) Sebelum seorang dilantik sebagai seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau sebagai seorang ahli jawatankuasa Perbadanan, ia hendaklah menzahirkan dengan sepenuhnya kepada Menteri, jika ia akan dilantik sebagai ahli Perbadanan, dan kepada Perbadanan, jika ia akan dilantik sebagai seorang ahli jawatankuasa atau sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan, sama ada ia mempunyai apa-apa kepentingan yang tersebut dalam subseksyen (1).
(4) Jika ahli, pegawai atau pekhidmat itu memperoleh mana-mana kepentingan itu selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, ia adalah terhenti daripada menjadi ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, mengikut mana yang berkenaan, dan perlantikannya hendaklah disifatkan terbatal dengan serta-merta:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak akan dipakai jika ahli, pegawai atau pekhidmat itu mewarisi atau dibekeuskan dengan kepentingan itu dan ia melepaskan atau melupuskan kepentingan itu dalam tempoh tiga bulan setelah kepentingan itu dalam tempoh tiga bulan setelah kepentingan itu dibekueskan dan diletak hak padanya dan dalam tempoh itu melaporkan secara bertulis, berkenaan dengan seseorang ahli Perbadanan kepada Menteri dan, berkenaan dengan seseorang ahli jawatankuasa atau seseorang pegawai atau pekhidmat, kepada Perbadanan, nyataan mengenai pelepasan atau pelupusan itu.
(5) Bagi maksud seksyen ini, “kepentingan secara tidak langsung” adalah termasuk mempunyai atau memperoleh apa-apa kepentingan sebagaimana yang tersebut dalam seksyen ini oleh suami isteri atau anak atau anak angkat (di bawah umur dua puluh satu tahun) seseorang atau seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau seorang ahli jawatankuasa Perbadanan, mengikut mana yang berkenaan.
(6) Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).