My bookmarksSign up free
← Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 15

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 15

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 15 Declaration of share or interest and disqualification

(1) A member of the Perbadanan or of a committee thereof who has or acquires, directly or indirectly, by himself, his partner or agent— (a) any share or interest— (i) in a contract or an arrangement made with the Perbadanan; (ii) in any work to be done for the Perbadanan; or (iii) in a company, firm or an undertaking with which the Perbadanan proposes to enter into a contract or an agreement; or (b) any beneficial interest in immovable property proposed to be purchased or otherwise acquired or leased or otherwise dealt with by the Perbadanan, shall declare the nature and extent of his share or interest to the Perbadanan or committee, as the case may be. (2) The declaration required to be made by a member under subsection (1) shall be made at the meeting of the Perbadanan or committee at which any question relating to such contract, arrangement, work, purchase or other acquisition or lease or other dealing is first taken into consideration or at the earliest opportunity after the acquisition of such share or interest. (3) For the purposes of this section, a notice given to the other members by a member to the effect that he has such share or interest as is specified in subsection (1) and is to be regarded as interested in any such contract, arrangement, work, purchase or other acquisition or lease or other dealing which may, after the date of the notice, be made with, or be required to be carried out by, the company, firm or undertaking in question shall be deemed to be sufficient declaration of interest in relation thereto: Provided that such notice shall be of no effect unless it is given at a meeting of the Perbadanan or committee or the member concerned takes all reasonable steps to ensure that it is brought up and read at the next meeting of the Perbadanan or committee after it is given. (4) Every declaration made in pursuance of this section shall be recorded in the minutes of the meeting at which it is made or read and shall have no effect until it is so recorded. (5) A member shall not vote upon any resolution or question relating to any such contract, arrangement, work, purchase or other acquisition, or lease or other dealing in which he has any share or interest whether or not he has declared the same, nor shall he take part in any deliberation (except on the invitation of the Perbadanan or committee) or decision relating thereto or to any matter incidental thereto, and if he shall do so his vote shall not be counted, nor shall he be counted in the quorum present at the meeting for the purposes of such resolution or question. (6) A member shall not be deemed to have a share or interest under this section by reason only of his being a shareholder in the company with which it is proposed that the Perbadanan shall enter into a contract or an arrangement unless he has a controlling interest in that company. (7) A member who contravenes any of the provisions of this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Hal menyatakan syer atau kepentingan dan hilang kelayakan

(1) Seseorang ahli Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan yang ada mempunyai atau memperoleh secara langsung atau secara tidak langsung dengan sendirinya, melalui pekongsi atau agennya– (a) sesuatu syer atau kepentingan– (i) dalam sesuatu kontrak atau perkiraan yang dibuat dengan Perbadanan; (ii) dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Perbadanan; atau (iii) dalam sesuatu syarikat, firma atau pengusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau perjanjian; atau (b) apa-apa kepentingan benefisial dalam harta tak alih yang dicadang hendak dibeli atau diperoleh dengan jalan lain atau dipajak atau diuruskan dengan jalan lain oleh Perbadanan, hendaklah menyatakan jenis dan had syer atau kepentingannya kepada Perbadanan atau jawatankuasa, mengikut mana yang berkenaan. (2) Hal nyataan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang ahli di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa di mana apa-apa persoalan berhubung dengan kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan atau pajakan atau urusan lain itu mula ditimbangkan atau dengan seberapa segera selepas syer atau kepentingan itu diperoleh. (3) Bagi maksud seksyen ini, suatu notis yang diberi kepada ahli lain oleh seseorang ahli yang bermaksud bahawa ia mempunyai syer atau kepentingan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan yang akan dianggap sebagai berkepentingan dalam mana-mana kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan atau pajakan atau urusan lain itu yang akan, selepas tarikh notis diberi, dibuat dengan, atau dikehendaki supaya dijalankan oleh, syarikat, firma atau pengusahaan yang dipersoalkan hendaklah disifatkan sebagai menyatakan kepentingan yang mencukupi berkaitan dengannya : Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah mempunyai kesan melainkan jika ianya diberi dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa atau ahli yang berkenaan mengambil segala langkah yang berpatutan untuk menentukan bahawa ianya telah dibawa dan dibaca dalam mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa yang akan datang setelah ianya diberi. (4) Tiap-tiap hal nyataan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat di mana ia dibuat atau dibaca dan tidak akan mempunyai apa-apa kesan sehingga ia direkodkan sedemikian. (5) Seseorang ahli tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau persoalan yang berhubung dengan mana-mana kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan lain, atau pajakan atau urusan lain yang di dalamnya ia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sama ada ia telah menyatakan syer atau kepentingan itu ataupun tidak, dan juga ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan (kecuali apabila diundang oleh Perbadanan atau jawatankuasa) atau keputusan yang berhubung dengannya atau dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika ia berbuat demikian, undinya tidak akan dikira, dan juga ia tidak akan dikira dalam kuorum yang hadir dalam mesyuarat itu bagi maksud ketetapan atau persoalan itu. (6) Seseorang ahli tidak boleh disifatkan mempunyai syer atau kepentingan di bawah seksyen ini hanya oleh sebab ia adalah seorang pemegang syer dalam syarikat yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau perkiraan melainkan ia mempunyai kepentingan yang menguasai dalam syarikat itu. (7) Seseorang ahli yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.

Read this section in the full act →

Find Act 244 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next