Private Employment Agencies Act 1981 s 3
Sections 15–17 and 24–25 were repealed by later amendments.
s 3 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“advertisement” shall include any notice, circular, pamphlet, invitation or information which has been disseminated, published
or displayed in relation to recruiting activities by any means or form including oral or written communication by means of print, electronic or any other media;
“Director General” means—
(a) in respect of Peninsular Malaysia, the Director General of Labour appointed under subsection 3(1) of the Employment Act 1955 [Act 265];
(b) in respect of Sabah, the Director of Labour appointed under subsection 3(1) of the Labour Ordinance [Sabah Cap. 67]; or
(c) in respect of Sarawak, the Director of Labour appointed under subsection 3(1) of the Labour Ordinance [Sarawak Cap. 76];
“employer” means any person who engages a private employment agency to recruit an employee for himself;
“fee” means the fee as specified in the First Schedule;
“job seeker” means a person who is registered with a private employment agency for the purpose of looking for an employment or is offered an employment or has accepted an offer of employment, but not including a non-citizen;
“labour officer” means the officer appointed under subsection 3(2) of the Employment Act 1955, subsection 3(1a) of the Labour Ordinance [Sabah Cap. 67] or subsection 3(1a) of the Labour Ordinance [Sarawak Cap. 76], as the case may be;
“licence” means a licence granted under section 9a;
“Minister” means the Minister charged with responsibility for human resources;
“money guarantee” means a guarantee in the form of cash or financial guarantee issued by a licensed bank under the Financial Services Act 2013 [Act 758] or a licensed Islamic bank under the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759] but not including a licensed international Islamic bank, which is deposited pursuant to section 14c;
“prescribed” means prescribed by the Minister by regulations made under this Act;
“private employment agency” means a body corporate which is incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and is granted a licence under this Act to carry on recruiting activity;
“recruiting” means activities which have been carried on by any person, including advertising activities, as intermediaries between an employer and a job seeker to—
(a) offer to look for an employment, offer an employment or obtain an employment, for a job seeker; or
(b) offer to look for an employee, offer an employee or obtain an employee, for an employer.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi pekerjaan swasta” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan
diberikan lesen di bawah Akta ini untuk menjalankan aktiviti merekrut;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“fi” ertinya fi yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“iklan” hendaklah termasuk apa-apa pemberitahu, pekeliling, risalah, pelawaan atau maklumat yang telah disebarkan, disiarkan atau dipamerkan berhubung dengan aktiviti merekrut dengan apa-apa cara atau bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara media cetak, elektronik atau apa-apa media lain;
“Ketua Pengarah” ertinya—
(a) berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265];
(b) berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh [Sabah Bab 67]; atau
(c) berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh [Sarawak Bab 76];
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 9a;
“majikan” ertinya mana-mana orang yang mendapatkan perkhidmatan agensi pekerjaan swasta bagi maksud untuk merekrut seseorang pekerja bagi dirinya;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
“merekrut” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang, termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk—
(a) menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencari kerja; atau
(b) menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan;
“pegawai tenaga kerja” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1 a ) Ordinan Buruh, [Sabah Bab 67] atau subseksyen 3(1a) Ordinan Buruh, [Sarawak Bab 76], mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pencari kerja” ertinya seseorang yang berdaftar dengan suatu agensi pekerjaan swasta bagi maksud mencari pekerjaan atau ditawarkan suatu pekerjaan atau menerima tawaran suatu pekerjaan, tetapi tidak termasuk bukan warganegara;
“wang jaminan” ertinya suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] tetapi tidak termasuk bank Islam antarabangsa berlesen, yang didepositkan menurut seksyen 14c.
Read this section in the full act →
Find Act 246 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).