(1) The Lembaga may, with the approval of the Minister, appoint any person, designated as “General Manager”, to be the principal executive officer and vest him with such powers and impose upon him such duties and functions as may be determined by the Lembaga.
(2) The General Manager shall be responsible for —
(a) the preparation of programmes, schemes or projects for the consideration of the Lembaga;
(b) the execution of all programmes, schemes or projects of the Lembaga; and
(c) the carrying out of the decisions of the Lembaga and the directions of the Chairman.
(3) The General Manager shall be responsible to the Chairman.
(4) The General Manager shall have general control of the officers and servants of the Lembaga.
(5) The General Manager shall perform such other or further duties as the Lembaga or the Chairman may from time to time direct.
(6) To assist the General Manager in his functions, the Lembaga may, with the approval of the Minister, appoint one or more Deputy General Managers and vest them with such powers and impose upon them such duties and functions as may be determined by the Lembaga.
(7) If the General Manager is temporarily absent from Malaysia or temporarily incapacitated through illness or for any other sufficient reason from the performance of his duties, the Lembaga may direct any Deputy General Manager to perform his duties during such temporary absence or incapacity.
(8) The General Manager and every Deputy General Manager are officers of the Lembaga.
Malay text (authoritative)
Pengurus Besar dan Timbalan-Timbalannya
(1) Menteri hendaklah melantik seorang Pengurus Besar mengikut apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Menteri.
(2) Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a) pentadbiran dan pengurusan Lembaga;
(b) perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan
(c) pelaksanaan apa-apa keputusan Lembaga.
(3) Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Lembaga.
(4) Pengurus Besar hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(5) Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau Lembaga dari semasa ke semasa.
(6) Untuk membantu Pengurus Besar dalam fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Timbalan Pengurus Besar atau lebih dan meletakhakkan pada mereka apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipan dan fungsi yang ditentukan oleh Lembaga.
(7) Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besar melaksanakan kewajipan Pengurus Besar semasa Pengurus Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
(7a) Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—
(a) tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan
(b) hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.
(8) Pengurus Besar dan tiap-tiap Timbalan Pengurus Besar ialah pegawai Lembaga.
Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).