My bookmarksSign up free
← Limitation Act 1953

Limitation Act 1953 s 10

Limitation Act 1953 s 10

s 10 Accrual of right of claim in case of present interests in land

(1) Where the person bringing an action to recover land or some person through whom he claims has been in possession thereof and has, whilst entitled thereto, been dispossessed or discontinued his possession, the right of action shall be deemed to have accrued on the date of the dispossession or discontinuance. (2) Where any person brings an action to recover any land of a deceased person whether under a will or intestacy and the deceased person was on the date of his death in possession of the land and was the last person entitled to the land to be in possession thereof the cause of action shall be deemed to have accrued on the date of his death. (3) Where any person brings an action to recover land, being an estate or interest in possession assured otherwise than by will to him, or to some person through whom he claims, by a person who, at the date when the assurance took effect, was in possession of the land, or in the case of a rent charge created by the assurance, in possession of the land charged, and no person has been in possession of the land by virtue of the assurance the right of action shall be deemed to have accrued on the date when the assurance took effect. (4) A right of action to recover land by virtue of a forfeiture or breach of condition shall be deemed to have accrued on the date on which the forfeiture was incurred or the condition broken: Provided that, if such a right has accrued to a person entitled to an estate or interest in reversion or remainder and the land was not recovered by virtue thereof, the right of action to recover the land shall not be deemed to have accrued to that person until his estate or interest fell into possession, as if no such forfeiture or breach of condition had occurred.

Malay text (authoritative)

Hak tuntutan terakru dalam hal kepentingan yang ada sekarang dalam tanah

(1) Jika orang yang membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali tanah atau mana-mana yang melaluinya dia menuntut telah pun memiliki tanah itu dan pemilikannya telah dlucutkan atau diberhentikan semasa dia masih berhak terhadapnya, maka hak tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh perlucutan atau pemberhentian pemilikan itu. (2) Jika mana-mana orang membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali mana-mana tanah kepunyaan orang yang mati sama ada di bawah wasiat atau tidak berwasiat dan orang yang mati itu memiliki tanah itu pada tarikh kematiannya dan ialah orang terakhir yang berhak mendapat tanah itu yang mempunyai milikan ke atasnya, kausa tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh kematiannya. (3) Jika mana-mana orang membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali tanah, yang merupakan estet atau kepentingan dalam pemilikan yang dijamin dengan cara lain daripada wasiat kepadanya, atau kepada beberapa orang yang melaluinya dia menuntut, oleh seseorang yang, pada tarikh jaminan itu mula berkuat kuasa, memiliki tanah itu, atau dalam hal tanggungan sewa yang diwujudkan oleh jaminan itu, memiliki tanah yang digadaikan itu, dan tiada mana-mana orang telah memiliki tanah itu menurut jaminan itu, hak tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh jaminan itu mula berkuat kuasa. (4) Sesuatu hak tindakan untuk mendapat kembali tanah oleh kerana pelucuthakan atau pelanggaran syarat hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh berlakunya pelucuthakan atau pelanggaran syarat itu: Dengan syarat bahawa, jika hak itu telah terakru kepada seseorang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kembalian atau bakian dan tanah itu tidak didapatkan kembali menurutnya, hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada orang itu sehingga estet atau kepentingan itu jatuh ke dalam milik, seolah-olah tiada apa-apa pelucuthakan atau pelanggaran syarat sedemikian telah berlaku.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 254 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next