s 11 Accrual of right of action in case of future interests in land
(1) Subject as hereafter in this section provided, the right of action to recover any land shall, in a case where the estate or interest claimed was an estate or interest in reversion or remainder or any other future estate or interest and no person has taken possession of the land by virtue of the estate or interest claimed, be deemed to have accrued on the date on which the estate or interest fell into possession by the determination of the preceding estate or interest.
(2) If the person entitled to the preceding estate or interest, not being a term of years absolute, was not in possession of the land on the date of the determination thereof, no action shall be brought by the person entitled to the succeeding estate or interest after the expiration of twelve years from the date on which the right of action accrued to the person entitled to the preceding estate or interest, or six years from the date on which the right of action accrued to the person entitled to the succeeding estate or interest, whichever period last expires.
(3) No person shall bring an action to recover any estate or interest in land under an assurance taking effect after the right of action to recover the land had accrued to the person by whom the assurance was made or some person through whom he claimed or some person entitled to a preceding estate or interest, unless the action is brought within the period during which the person by whom the assurance was made could have brought such an action.
(4) Where any person is entitled to any estate or interest in land in possession and, while so entitled, is also entitled to any future estate or interest in that land, and his right to recover the estate or interest in possession is barred under this Act, no action shall be brought by that person, or by any person claiming through him, in respect of the future estate or interest, unless in the meantime possession of the land has been recovered by a person entitled to an intermediate estate or interest.
Malay text (authoritative)
Hak tindakan terakru dalam hal kepentingan masa depan mengenai tanah
(1) Tertakluk kepada apa-apa yang diperuntukkan kemudiannya dalam seksyen ini, hak tindakan untuk mendapat kembali mana-mana tanah hendaklah, dalam hal di mana estet atau kepentingan yang dituntut itu adalah suatu estet atau kepentingan kembalian atau bakian atau mana-mana estet atau kepentingan masa depan yang lain dan tiada seorang pun telah mengambil milik tanah itu menurut estet atau kepentingan yang dituntut, disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh estet atau kepentingan itu jatuh ke dalam milik apabila tamatnya estet atau kepentingan terdahulu itu.
(2) Jika orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu yang bukannya untuk tempoh beberapa tahun yang mutlak, tidak memiliki tanah itu pada tarikh tamatnya estet atau kepentingan tersebut, tiada apa-apa tindakan boleh dibawa oleh orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kemudiannya selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu, atau enam tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kemudiannya itu, mengikut mana yang terkemudian tamat tempohnya.
(3) Tiada seorang pun boleh membawa tindakan untuk mendapatkan apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah di bawah sesuatu jaminan yang mula berkuat kuasa selepas hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu telah terakru kepada orang yang membuat jaminan itu atau orang yang melaluinya dia menuntut atau orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu, melainkan tindakan itu dibawa dalam tempoh masa yang semasa orang yang membuat jaminan itu sepatutnya membawa tindakan tersebut.
(4) Jika mana-mana orang berhak kepada apa-apa estet atau kepentingan dalam tanah yang dimiliki dan, semasa berhak sedemikian, dia juga berhak mendapat apa-apa estet atau kepentingan masa depan mengenai tanah tersebut, dan haknya untuk mendapat kembali estet atau kepentingan yang dimiliki itu dihalang di bawah Akta ini, tiada apa-apa tindakan boleh dibawa oleh orang itu, atau oleh mana-mana orang yang menuntut melaluinya, berkenaan dengan estet atau kepentingan masa depan itu, melainkan jika dalam pada itu
pemilikan tanah itu telah didapat kembali oleh seseorang yang berhak kepada estet atau kepentingan perantaraan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).