My bookmarksSign up free
← Limitation Act 1953

Limitation Act 1953 s 22

Limitation Act 1953 s 22

s 22 Limitation of actions in respect of trust property

(1) No period of limitation prescribed by this Act shall apply to an action by a beneficiary under a trust, being an action— (a) in respect of any fraud or fraudulent breach of trust to which the trustee was a party or privy; or (b) to recover from the trustee trust property or the proceeds thereof in the possession of the trustee, or previously received by the trustee and converted to his use. (2) Subject as aforesaid, an action by a beneficiary to recover trust property or in respect of any breach of trust, not being an action for which a period of limitation is prescribed by any other provision of this Act, shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the right of action accrued: Provided that the right of action shall not be deemed to have accrued to any beneficiary entitled to a future interest in the trust property, until the interest fell into possession. (3) No beneficiary as against whom there would be a good defence under this Act shall derive any greater or other benefit from a judgment or order obtained by any other beneficiary than he could have obtained if he had brought the action and this Act had been pleaded in defence.

Malay text (authoritative)

Had masa tindakan berkenaan dengan harta amanah

(1) Tiada apa-apa tempoh had masa yang ditetapkan oleh Akta ini boleh dipakai bagi sesuatu tindakan oleh benefisiari di bawah suatu amanah, yang merupakan tindakan— (a) berkenaan dengan apa-apa fraud atau pecah amanah fraudan yang pemegang amanah itu menjadi pihak atau mengambil bahagian; atau (b) bagi mendapat kembali daripada pemegang amanah harta amanah atau hasil jualannya yang ada dalam milikan pemegang amanah itu, atau yang diterima dahulunya oleh pemegang amanah itu dan telah disalahgunakan untuk kegunaan sendiri. (2) Tertakluk kepada peruntukan yang tersebut dahulu, sesuatu tindakan oleh seseorang benefisiari untuk mendapat kembali harta amanah atau berkenaan dengan apa-apa pecah amanah, yang bukannya suatu tindakan yang tempoh had masanya ditetapkan oleh mana-mana peruntukan lain Akta ini, tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru: Dengan syarat bahawa hak tindakan tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada mana-mana benefisiari yang berhak mendapat kepentingan masa depan di dalam harta amanah itu, sehingga kepentingan itu jatuh dalam milikan. (3) Tiada seorang pun benefisiari yang terhadapnya ada pembelaan di bawah Akta ini boleh mendapat apa-apa faedah yang lebih atau faedah lain daripada penghakiman atau perintah yang diperoleh oleh mana-mana benefisiari lain daripada faedah yang boleh didapatinya jika dia telah membawa tindakan itu dan Akta ini dirayu dalam pembelaannya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 254 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next