My bookmarksSign up free
← Limitation Act 1953

Limitation Act 1953 s 26

Limitation Act 1953 s 26

s 26 Fresh accrual of action on acknowledgment or part payment

(1) Where there has accrued any right of action to recover land or to enforce a mortgage or charge in respect of land or personal property, and— (a) the person in possession of the land or personal property acknowledges the title of the person to whom the right of action has accrued; or (b) in the case of any such action by a mortgagee or chargee the person in possession as aforesaid or the person liable for the debt secured by the mortgage or charge makes any payment in respect thereof, whether principal or interest, the right shall be deemed to have accrued on and not before the date of the acknowledgment or last payment. (2) Where any right of action has accrued to recover any debt or other liquidated pecuniary claim, or any claim to the personal estate of a deceased person or to any share or interest therein, and the person liable or accountable therefor acknowledges the claim or makes any payment in respect thereof, the right shall be deemed to have accrued on and not before the date of the acknowledgment or the last payment: Provided that a payment of a part of the rent or interest due at any time shall not extend the period for claiming the remainder of the rent or interest then due, but any payment of interest shall have effect, for the purposes of this subsection only, as if it were a payment in respect of the principal debt.

Malay text (authoritative)

Pengakruan tindakan baru atas akuan atau pembayaran sebahagian

(1) Jika didapati terakrunya apa-apa hak tindakan mendapat kembali tanah atau untuk menguatkuasakan suatu gadai janji atau gadaian berkenaan dengan tanah atau harta peribadi, dan— (a) orang yang memiliki tanah atau harta peribadi itu mengakui hakmilik orang yang kepadanya hak tindakan itu telah terakru; atau (b) dalam hal mana-mana tindakan oleh penggadai janji atau pemegang gadaian orang yang memiliki yang tersebut dahulu atau orang yang bertanggungan terhadap hutang yang dicagarkan dengan gadai janji atau gadaian itu membuat apa-apa bayaran mengenainya, sama ada bayaran wang pokok atau bunganya, hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh pengakuan atau pembayaran terakhir. (2) Jika apa-apa hak tindakan telah terakru bagi mendapat kembali apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan wang yang tertentu jumlahnya, atau apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi kepunyan orang yang mati atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, dan orang yang bertanggungan atau bertanggungjawab terhadapnya mengakui tuntutan itu atau membuat apa-apa bayaran berkenaan dengannya, hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh bayaran terakhir: Dengan syarat bahawa bayaran sebahagian daripada sewa atau bunga yang kena dibayar pada bila-bila masa tidak boleh melanjutkan tempoh bagi menuntut baki sewa atau bunga yang kena dibayar pada masa itu, tetapi apa-apa bayaran bunga adalah mempunyai kesan, bagi maksud subseksyen ini sahaja, seolah-olah ia suatu bayaran bagi hutang pokok.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 254 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next