My bookmarksSign up free
← Limitation Act 1953

Limitation Act 1953 s 30

Limitation Act 1953 s 30

s 30

(1) This Act and any other written law relating to the limitation of actions shall apply to arbitrations as they apply to actions. (2) Notwithstanding any term in any submission to the effect that no cause of action shall accrue in respect of any matter required by the submission to be referred until an award is made under the submission, the cause of action shall, for the purpose of this Act and of any other such written law (whether in their application to arbitrations or to other proceedings), be deemed to have accrued in respect of any such matter at the time when it would have accrued but for that term in the submission. (3) For the purpose of this Act and of any such written law as aforesaid, an arbitration shall be deemed to be commenced when one party to the arbitration serves on the other party a notice requiring him or them to appoint an arbitrator or to agree to the appointment of an arbitrator, or, where the submission provides that the reference shall be to a person named or designated in the submission, requiring him or them to submit the dispute to the person so named or designated. (4) Any such notice as aforesaid may be served eitherβ€” (a) by delivering it to the person on whom it is to be served; (b) by leaving it at the usual or last known place of abode in Malaysia of that person; or (c) by sending it by post in a registered letter addressed to that person at his usual or last known place of abode in Malaysia, as well as in any other manner provided in the submission; and where a notice is sent by post in a manner prescribed by paragraph (c) of this subsection, service thereof shall, unless the contrary is proved, be deemed to have been effected at the time at which the letter would have been delivered in the ordinary course of post. (5) Where the High Court orders that an award be set aside or orders, after the commencement of an arbitration, that the arbitration shall cease to have effect with respect to the dispute referred, the Court may further order that the period between the commencement of the arbitration and the date of the order of the Court shall be excluded in computing the time prescribed by this Act or any such written law as aforesaid for the commencement of proceedings (including arbitration) with respect to the dispute referred. (6) This section shall apply to an arbitration under any written law as well as to an arbitration pursuant to a submission, and subsections (3) and (4) thereof shall have effect, in relation to an arbitration under any written law, as if for the references to the submission there were substituted references to such of the provisions of the law or of any order, scheme, rules, regulations, or by-laws made thereunder as relate to the arbitration. (7) In this section the expressions β€œarbitration”, β€œaward” and β€œsubmission” have the same meanings as in the Arbitration Act 1952 [Act 93].

Malay text (authoritative)

(1) Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan had masa tindakan hendaklah terpakai bagi timbang tara sebagaimana ianya terpakai bagi tindakan. (2) Walau apa pun terma dalam apa-apa penghujahan yang bermaksud bahawa tiada apa-apa kausa tindakan akan terakru berkenaan dengan mana-mana perkara yang dikehendaki oleh penghujahan itu supaya dirujuk sehingga suatu award dibuat di bawah penghujahan itu, kausa tindakan itu hendaklah, bagi maksud Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain (sama ada dalam pemakaiannya bagi timbang tara atau prosiding lain), disifatkan sebagai telah terakru berkenaan dengan mana-mana perkara sedemikian pada masa ia sepatutnya terakru jika tidak kerana terma dalam penghujahan itu. (3) Bagi maksud Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang tersebut dahulu, suatu timbang tara hendaklah disifatkan sebagai telah bermula apabila suatu pihak pada timbang tara itu telah menyampaikan kepada pihak atau pihak-pihak yang lain itu suatu notis menghendakinya atau mereka melantik seorang penimbang tara atau supaya bersetuju dengan pelantikan seorang penimbang tara, atau, jika penghujahan itu memperuntukkan bahawa rujukan itu hendaklah dibuat kepada orang yang dinamakan atau ditetapkan dalam penghujahan tersebut, menghendakinya atau mereka menyerahkan pertikaian itu kepada orang yang dinamakan atau ditetapkan itu. (4) Apa-apa notis yang tersebut dahulu bolehlah disampaikan sama adaβ€” (a) dengan menyerahkannya kepada orang yang hendak disampaikan notis itu; atau (b) dengan meninggalkannya di tempat tinggal orang itu yang biasa atau yang terakhir diketahui di Malaysia; atau (c) dengan menghantarkannya secara pos melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal biasanya atau di tempat tinggalnya yang terakhir diketahui di Malaysia, dan juga mengikut apa-apa cara lain yang diperuntukkan dalam penghujahan itu dan jika suatu notis dihantar dengan pos mengikut cara yang ditetapkan oleh perenggan (c) subseksyen ini, penyampaian itu hendaklah, melainkan jika terbukti sebaliknya, disifatkan sebagai telah dilaksanakan pada masa surat itu sepatutnya telah diserahkan dalam perjalanan biasa pos. (5) Jika Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya suatu award diketepikan atau memerintahkan, selepas bermulanya sesuatu timbang tara, supaya timbang tara itu hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa berkenaan dengan pertikaian yang dirujukkan itu, Mahkamah boleh selanjutnya memerintahkan supaya tempoh di antara permulaan timbang tara itu dan tarikh perintah Mahkamah itu hendaklah dikecualikan dalam mengira masa yang ditetapkan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang tersebut dahulu bagi memulakan prosiding (termasuk timbang tara) berkenaan dengan pertikaian yang dirujukan itu. (6) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu timbang tara di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga timbang tara menurut suatu penghujahan, dan subseksyen (3) dan (4) di atas hendaklah berkuat kuasa, berhubungan dengan sesuatu timbang tara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seolah-olah sebutan mengenai penghujahan digantikan dengan sebutan mengenai mana-mana peruntukan undang-undang atau mana-mana perintah, skim, kaedah, peraturan atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya yang berkaitan dengan timbang tara itu. (7) Dalam seksyen ini ungkapan β€œtimbang tara”, β€œaward” dan β€œpenghujahan” mempunyai erti yang sama seperti dalam *Akta Timbangtara 1952 [Akta 93].

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 254 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next