My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 13

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 13

s 13 Preparation of draft local plans

(1) The Commissioner in the course of preparing a draft structure plan for the Federal Territory or before the Minister approves or rejects a draft structure plan that the Commissioner has prepared, may, if he thinks it desirable, prepare a draft local plan for any part of the area. (2) Where a structure plan for the Federal Territory has come into effect, the Commissioner shall as soon as practicable consider, and thereafter keep under review, the desirability of preparing and, if he considers it desirable and he has not already done so, shall prepare, a draft local plan for any part or for the whole of the Federal Territory. (3) A draft local plan shall consist of a map and a written statement and shall— (a) formulate, in such detail as the Commissioner thinks appropriate, his proposals for the development and use of land in the area of the local plan, including such measures as the Commissioner thinks fit for the improvement of the physical environment and the improvement of transportation and; (b) contain such matters as the Minister may in any particular case specify. (4) A draft local plan for an area shall be accompanied by such diagrams, illustrations, and descriptive matter as the Commissioner thinks appropriate for the purpose of explaining or illustrating the proposals in the plan and the diagrams, illustrations, and descriptive matter shall be treated as forming part of the plan. (5) If an area is indicated as an action area in a structure plan or declared to be an action area under section 12, the Commissioner shall, as soon as practicable after the structure plan comes into effect, prepare a draft local plan for that area. (6) In formulating his proposals in a draft local plan, the Commissioner shall ensure that the proposals conform generally to the structure plan as it stands for the time being, whether or not it has come into effect, and shall have regard to any information and other considerations that appear to him to be relevant, or that may be prescribed, or that the Minister may in any particular case direct him to take into account.

Malay text (authoritative)

Penyediaan draf pelan tempatan

(1) Datuk Bandar dalam masa menyediakan draf pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan atau sebelum Menteri meluluskan atau menolak draf pelan struktur yang telah disediakan oleh Datuk Bandar, boleh, jika difikirkannya wajar, menyediakan draf pelan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasan itu. (2) Jika pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan telah mula berkuat kuasa, Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menimbangkan, dan kemudian dari itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan menyediakan draf pelan tempatan bagi mana-mana bahagian atau bagi keseluruhan Wilayah Persekutuan dan, jika difikirkannya perlu dan dia belum lagi berbuat demikian, hendaklah menyediakan draf pelan tempatan itu. (3) Suatu draf pelan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah― (a) menyatakan, dengan secara terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar, cadangannya untuk pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasan pelan tempatan, yang termasuk langkah yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar untuk pembaikan alam sekitar dari segi fizikal dan membaiki pengangkutan; dan (b) mengandungi apa-apa perkara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam sesuatu kes tertentu. (4) Suatu draf pelan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah disertakan dengan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam pelan itu dan gambar rajah, gambaran dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada pelan itu. (5) Jika sesuatu kawasan ditunjukkan sebagai suatu kawasan tindakan dalam pelan struktur atau diisytiharkan sebagai kawasan tindakan di bawah seksyen 12, Datuk Bandar hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas pelan struktur itu mula berkuat kuasa, menyediakan suatu draf pelan tempatan bagi kawasan itu. (6) Pada membuat cadangannya dalam draf pelan tempatan, Datuk Bandar hendaklah memastikan bahawa cadangan itu adalah pada amnya menurut pelan struktur sebagaimana keadaannya pada masa itu, sama ada ia telah berkuat kuasa atau tidak, dan hendaklah memberi perhatian kepada apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada fikirannya berkaitan, atau yang boleh ditetapkan atau yang Menteri boleh dalam sesuatu kes tertentu mengarahkannya supaya diambil kira.

Read this section in the full act →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next