My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 22

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 22

s 22 Development order

(1) The Commissioner shall have power exercisable at his discretion to grant planning permission or to refuse to grant planning permission in respect of any development irrespective of whether or not such development is in conformity with the development plan; provided however the exercise of the discretion by the Commissioner under this subsection shall be subject to subsection (4) and section 23. (2) Where the Commissioner decides to grant planning permission in respect of a development he may issue a development order— (a) granting planning permission without any condition in respect of the development; (b) granting planning permission subject to such condition or conditions as the Commissioner may think fit in respect of the development: Provided that the Commissioner shall not issue a development order under this subsection unless he is satisfied that the provision of section 41 relating to the assessment of development charges has been complied with. (3) Without prejudice to the generality of paragraph (2)(b), the Commissioner may impose any or all of the following conditions— (a) to the effect that the development order granting planning permission in respect of any change of use of land or building is only for a limited period and after the expiry of that period the use of the land or building as authorized under such development order shall cease to have any effect and the land or building shall be reverted to its original use; and (b) to regulate— (i) the development and use of any other land which is under the control of the applicant and which is adjoining the land for which planning permission is to be granted for the development thereof; and (ii) the works that may be carried out on such other land in the manner and to the extent as may appear to the Commissioner to be expedient with regard to the development for which planning permission is to be granted. (4) The Commissioner in dealing with an application for planning permission shall take into consideration such matters as are in his discretion expedient or necessary for purposes of proper planning and in this connection but without prejudice to the discretion of the Commissioner to deal with such application, the Commissioner shall as far as practicable have regard to— (a) the provisions of the development plan and where the local plan has not been adopted, the Comprehensive Development Plan; and (b) any other material consideration: Provided that in the event of there being no local plan for an area and the Commissioner is satisfied that any application for planning permission should not be considered in the interest of proper planning until the local plans for the area have been prepared and adopted under this Act then the Commissioner may either reject or suspend the application. (5) Upon the receipt of an application for planning permission the Commissioner shall within such time as may be prescribed either grant or refuse the application and when the application is granted subject to condition or refused, the Commissioner shall give his reasons in writing for his decision. (6) Where a development order is granted, whether with or without conditions, it shall be conveyed to the applicant in the prescribed form.

Malay text (authoritative)

Perintah pembangunan

(1) Datuk Bandar hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memberi kebenaran perancangan atau enggan memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan tidak kira sama ada pembangunan itu adalah menurut pelan pembangunan itu atau tidak; dengan syarat penjalanan budi bicara oleh Datuk Bandar di bawah subseksyen ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan subseksyen (4) dan seksyen 23. (2) Jika Datuk Bandar memutuskan untuk memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan dia boleh mengeluarkan suatu perintah pembangunan― (a) memberi kebenaran perancangan tanpa apa-apa syarat berkenaan dengan pembangunan; (b) memberi kebenaran perancangan tertakluk kepada apa-apa syarat atau syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar berkenaan dengan pembangunan: Dengan syarat bahawa Datuk Bandar tidak boleh mengeluarkan suatu perintah pembangunan di bawah subseksyen ini melainkan jika dia berpuas hati bahawa peruntukan seksyen 41 berhubungan dengan taksiran caj pembangunan telah dipatuhi. (3) Tanpa menyentuh keluasan perenggan 2(b), Datuk Bandar boleh mengenakan mana-mana atau kesemua syarat yang berikut― (a) yang bermaksud bahawa perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan apa-apa pertukaran tentang kegunaan tanah atau bangunan hanya bagi sesuatu tempoh terhad dan selepas tamat tempoh itu kegunaan tanah atau bangunan itu sebagaimana yang dibenarkan di bawah perintah pembangunan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa dan tanah atau bangunan itu hendaklah berbalik kepada kegunaannya yang asal; dan (b) untuk mengatur ― (i) pembangunan dan kegunaan mana-mana tanah lain yang ada di bawah kawalan pemohon dan bersambungan dengan tanah yang akan diberi kebenaran perancangan untuk pembangunannya; dan (ii) kerja yang boleh dijalankan atas tanah lain itu mengikut cara dan setakat mana Datuk Bandar fikirkan suai manfaat dengan memandangkan kepada pembangunan yang akan diberi kebenaran perancangan itu. (4) Pada menguruskan sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan Datuk Bandar hendaklah memberi perhatian kepada apa-apa perkara yang menurut budi bicaranya adalah suai manfaat atau perlu bagi maksud perancangan yang sepatutnya dan berkenaan dengan ini tetapi tanpa menyentuh budi bicara Datuk Bandar untuk menguruskan permohonan itu, Datuk Bandar hendaklah setakat mana yang praktik memberi perhatian― (a) peruntukan pelan pembangunan dan jika pelan tempatan belum diterima, Pelan Pembangunan Lengkap; dan (b) apa-apa pertimbangan material yang lain: Dengan syarat bahawa dalam hal keadaan di mana tidak terdapat pelan tempatan bagi sesuatu kawasan dan Datuk Bandar berpuas hati bahawa apa-apa permohonan untuk kebenaran perancangan tidak akan dipertimbangkan demi kepentingan perancangan yang sepatutnya sehingga pelan tempatan bagi kawasan itu disediakan dan diterima di bawah Akta ini maka Datuk Bandar boleh menolak atau menggantung permohonan itu. (5) Apabila sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan diterima Datuk Bandar hendaklah dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan sama ada membenarkan atau menolak permohonan itu dan jika permohonan itu dibenarkan tertakluk kepada syarat atau ditolak, Datuk Bandar hendaklah memberi sebab secara bertulis mengenai keputusannya itu. (6) Jika sesuatu perintah pembangunan diberi sama ada dengan syarat atau tanpa syarat, ia hendaklah disampaikan kepada pemohon dalam borang yang ditetapkan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next