(1) An appeal against the decision of the Commissioner made under subsection 22(1) or (2) may be made to the Appeal Board within one month from the date of communication of such decision to him, by any applicant aggrieved by the decision of the Commissioner in refusing his application for planning permission or who is aggrieved by any condition imposed by the Commissioner in granting the planning permission in respect of his application.
(2) In considering any appeal the Appeal Board shall hear the appellant and the Commissioner.
(3) After hearing the appeal, the Appeal Board may make an order—
(a) confirming the decision of the Commissioner and dismissing the appeal; or
(b) allowing the appeal by directing the Commissioner to grant planning permission subject to such conditions as the Appeal Board may think fit; or
(c) allowing the appeal by directing the Commissioner to remove or modify any condition subject to which planning permission has been granted or to replace such condition with such other condition as the Appeal Board may think fit.
Malay text (authoritative)
Rayuan terhadap keputusan Datuk Bandar
(1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar di bawah subseksyen 22(1) atau (2) boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya, oleh seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Datuk Bandar menolak permohonannya untuk kebenaran perancangan atau seseorang yang terkilan dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Datuk Bandar dalam memberikan kebenaran perancangan berkenaan dengan permohonannya.
(2) Pada menimbangkan sesuatu rayuan Lembaga Rayuan hendaklah mendengar perayu dan Datuk Bandar.
(3) Selepas mendengar rayuan itu, Lembaga Rayuan boleh membuat suatu perintah―
(a) mengesahkan keputusan Datuk Bandar dan menolak rayuan itu; atau
(b) membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan Datuk Bandar memberi kebenaran perancangan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan; atau
(c) membenarkan rayuan dengan mengarahkan Datuk Bandar supaya memotong atau mengubah suai apa-apa syarat yang dikenakan pada memberikan kebenaran perancangan atau supaya menggantikan syarat itu dengan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan.
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).