My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 25

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 25

s 25 Revocation and modification of development order, permission and approval

(1) If it appears to the Commissioner that any development order issued under this Act or under Part V of the City of Kuala Lumpur (Planning) Act 1973 should be revoked or modified, the Commissioner may order such development order or permission or approval to be revoked or modified to such extent as appears to him to be necessary. (2) An order revoking a development order or a planning permission or an approval of a building plan shall state the period within which the person to whom the permission or approval was granted is required to demolish any building erected pursuant to the permission or approval and the maximum amount that the Commissioner is prepared to reimburse the person in respect of costs incurred by him in carrying out the demolition. (3) If, within the period stated in the revocation order or such longer period as the Commissioner may allow, demolition has not been carried out or completed, the Commissioner may himself and at his own expense carry out or complete the demolition. (4) If demolition has been completed by the person to whom the development order or planning permission or approval of the building plan was issued, the Commissioner shall reimburse the person the costs actually and reasonably incurred by him in carrying out the demolition, but not exceeding the amount stated in the revocation order. (5) If demolition has been partially carried out by the person to whom the development order or planning permission or approval of the building plan was issued but completed by the Commissioner, the Commissioner shall assess the amount that the demolition would have cost had it been carried out entirely by the Commissioner and determine the amount of the costs actually and reasonably incurred by the Commissioner in completing the demolition, and shall pay the person by way of reimbursement of his costs the difference between the two amounts or the costs actually and reasonably incurred by the person in carrying out his part of the demolition, whichever is the lesser amount, but in no case shall the Commissioner be bound to pay any amount beyond the amount stated in the revocation order. (6) If a development order or a planning permission or an approval of a building plan is revoked under subsection (1) and the person to whom such order, permission or approval was issued claims from the Commissioner within the time and in the manner prescribed, compensation for any expenditure incurred by him in carrying out works to implement the permission or approval prior to its revocation or modification, the Commissioner shall, after giving the person a reasonable opportunity to be heard, offer such compensation to him as the Commissioner thinks adequate. (7) Where a development order or a planning permission or an approval of a building plan is modified under subsection (1), the Commissioner shall reimburse the person to whom such order, permission or approval was issued the costs actually and reasonably incurred by him in implementing the modification, being costs that he would not have incurred had the modification not been ordered, and shall compensate him for any loss suffered as a result of the modification. (8) If any person is aggrieved by the amount of any reimbursement or compensation offered or paid to him under this section, he may, within the time and in the manner prescribed, appeal to the Appeal Board and the Appeal Board shall assess the amount of reimbursement or compensation to be paid.

Malay text (authoritative)

Pembatalan dan pengubahsuaian perintah pembangunan, kebenaran dan kelulusan

(1) Jika Datuk Bandar berpendapat bahawa sesuatu perintah pembangunan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah Bahagian V Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 patut dibatalkan atau diubah suai, Datuk Bandar boleh memerintahkan supaya perintah pembangunan atau kebenaran atau kelulusan itu dibatalkan atau diubah suai setakat mana yang difikirkannya perlu. (2) Sesuatu perintah yang membatalkan perintah pembangunan atau kebenaran perancangan atau kelulusan pelan bangunan hendaklah menyatakan tempoh dalam mana seseorang yang diberi kebenaran atau kelulusan itu dikehendaki merobohkan sesuatu bangunan yang didirikan menurut kebenaran atau kelulusan itu dan amaun maksimum yang Datuk Bandar sedia membayar balik kepada orang itu berkenaan dengan kos yang ditanggung olehnya dalam menjalankan perobohan itu. (3) Jika, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah pembatalan atau dalam tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Datuk Bandar, perobohan belum dijalankan atau diselesaikan, Datuk Bandar sendiri dan dengan perbelanjaannya sendiri menjalankan atau menyelesaikan perobohan itu. (4) Jika perobohan telah diselesaikan oleh orang yang diberikan perintah pembangunan atau kebenaran perancangan atau kelulusan pelan bangunan telah dikeluarkan, Datuk Bandar hendaklah membayar balik kepada orang itu kos sebenar dan munasabah yang ditanggung olehnya pada menjalankan perobohan itu, tetapi tidak lebih daripada amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu. (5) Jika perobohan telah dijalankan separuh oleh orang yang diberikan perintah pembangunan atau kebenaran perancangan atau kelulusan pelan bangunan yang dikeluarkan tetapi diselesaikan oleh Datuk Bandar, Datuk Bandar hendaklah mentaksirkan amaun kos keseluruhannya perobohan itu sekiranya perobohan itu dijalankan oleh Datuk Bandar, dan menentukan amaun kos sebenar dan munasabah yang ditanggung oleh Datuk Bandar dalam menyelesaikan perobohan itu dan hendaklah membayar kepada orang itu mengikut pembayaran balik perbezaan kos antara kedua-dua amaun itu atau kos sebenar dan munasabah yang ditanggung oleh orang itu bagi bahagian perobohan yang dijalankannya, iaitu yang lebih rendah amaunnya, walau bagaimanapun Datuk Bandar tidak terikat untuk membayar sesuatu amaun yang lebih daripada amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan. (6) Jika sesuatu perintah pembangunan atau kebenaran perancangan atau kelulusan sesuatu pelan bangunan dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan orang yang diberikan perintah, kebenaran atau kelulusan itu menuntut daripada Datuk Bandar dalam tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan, pampasan bagi apa-apa perbelanjaan yang ditanggung olehnya pada menjalankan kerja untuk melaksanakan kebenaran atau kelulusan itu sebelum ia dibatalkan atau diubah suai, Datuk Bandar hendaklah, selepas memberi orang itu peluang yang munasabah untuk didengar, menawarkan kepadanya sesuatu pampasan sebagaimana yang Datuk Bandar fikirkan memadai. (7) Jika sesuatu perintah pembangunan atau kebenaran perancangan atau kelulusan sesuatu pelan bangunan diubah suai di bawah subseksyen (1), Datuk Bandar hendaklah membayar balik kepada orang yang diberi perintah, kebenaran atau kelulusan itu kos yang sebenar dan munasabah yang ditanggung olehnya pada melaksanakan ubah suaian itu, sebagai kos yang tidak akan ditanggung olehnya jika ubah suaian itu tidak dijalankan, dan hendaklah memberi pampasan kepadanya bagi apa-apa kerugian akibat ubah suaian itu. (8) Jika mana-mana orang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, dia boleh dalam tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah mentaksirkan amaun pembayaran balik atau pampasan yang hendak dibayar.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next