My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 26

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 26

s 26 Offences relating to unauthorized development

(1) Any person who whether at his own instance or at the instance of any other person— (a) commences, undertakes or carries out development in contravention of subsection 19(1) or uses or permits to be used any land in contravention of that section; (b) commences, undertakes or carries out development in contravention of subsection 20(1); (c) commences, undertakes or carries out development in contravention of any condition specified in a development order granting planning permission in respect of such development; (d) commences, undertakes or carries out any development where the development order in respect of such development has lapsed under section 24; (e) commences, undertakes or carries out any development where the development order or permission or approval for building plan as the case may be in respect of such development has been revoked pursuant to section 25 or subsection 41(2); or (f) commences, undertakes or carries out development where the development order or the permission or approval for building plan as the case may be in respect of such development has been modified pursuant to section 25 as a result of which the development so commenced, undertaken or carried out by such person is inconsistent with such modified development order or permission or approval, is guilty of an offence and on conviction is liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit and in the case of a continuing offence to a further fine which may extend to five hundred ringgit for every day during which the offence continues after conviction for the first commission of the offence. (2) The owner of the land in respect of which any act that constitutes an offence under subsection (1) is done shall be deemed to have permitted the doing of that act and is liable for the like offence to the like penalty. (3) Where the use of land or building is permitted to be continued by the Commissioner pursuant to subsection 19(2), any person who continues such use on or after the expiry of the period specified in the permit allowing such use or who continues such use in contravention of any terms or conditions under which such use is permitted, is guilty of an offence and on conviction is liable to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit and in the case of a continuing offence to a further fine which may extend to five hundred ringgit for every day during which the offence continues after conviction for the first commission of the offence.

Malay text (authoritative)

Kesalahan berhubung dengan pembangunan yang tidak dibenarkan

(1) Seseorang yang sama ada mengikut kehendaknya sendiri atau mengikut kehendak seseorang lain― (a) memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan yang melanggar subseksyen 19(1) atau menggunakan atau membenarkan untuk digunakan sesuatu tanah yang melanggar seksyen itu; (b) memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan yang melanggar subseksyen 20(1); (c) memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan yang melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan pembangunan tersebut; (d) memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pembangunan jika perintah pembangunan berkenaan dengan pembangunan itu habis tempoh di bawah seksyen 24; (e) memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pembangunan jika perintah pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pembangunan itu telah dibatalkan menurut seksyen 25 atau subseksyen 41(2); atau (f) memulakan, mengusahakan atau menjalankan pembangunan jika perintah pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pembangunan itu telah diubah suai menurut seksyen 25 yang mengakibatkan pembangunan yang dimulakan, diusahakan atau dijalankan sedemikian oleh orang itu tidak konsisten dengan perintah pembangunan atau kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi daripada lima puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu. (2) Pemunya tanah yang berkenaan dengannya apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan hendaklah disifatkan telah membenarkan perbuatan itu dan dia hendaklah bertanggungan atas kesalahan yang sama dan dikenakan penalti yang sama. (3) Jika penggunaan tanah atau bangunan dibenarkan oleh Datuk Bandar untuk diteruskan menurut subseksyen 19(2), seseorang yang meneruskan kegunaan itu pada atau selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam permit yang membenarkan kegunaan itu atau yang meneruskan kegunaan itu yang melanggar apa-apa terma atau syarat yang di bawahnya penggunaan itu dibenarkan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi daripada dua puluh lima ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap- tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next